Keputusan Tidak Memanggil EGM, Tidak Hormat Suara Perwakilan
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keputusan untuk tidak memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA disifatkan sebagai tidak menghormati suara perwakilan parti itu.
Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau sedih dan terkilan dengan keputusan yang diumumkan Setiausaha Agung MCA Datuk Wong Foon Meng, Rabu.
"Apa juga tuntutan dan rayuan (untuk mengadakan EGM) sepatutnya dilayan dengan adil. Soal resolusi tidak bertepatan dengan perlembagaan parti, semua pihak ada tafsiran yang berlainan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Khamis.
Beliau berkata tujuan memanggil EGM itu bukan untuk mengekalkan jawatan sesiapa atau melindungi mana-mana pihak, sebaliknya memberi peluang kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan yang baru.
"Sepatutnya beri peluang untuk perwakilan pilih pemimpin berlandaskan pemerhatian mereka. Inilah cara terbaik untuk selesaikan kekusutan dan kemelut yang dihadapi MCA sekarang," katanya.
Permintaan untuk mengadakan EGM diajukan oleh 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) minggu lepas bagi memberikan laluan untuk pemilihan baru parti tersebut.
Bagaimanapun cadangan untuk mengadakan EGM itu ditolak kerana ditakrifkan sebagai tidak bertepatan dengan berperlembagaan parti dan tidak dapat dijalankan mengikut pandangan ketua undang-undang baru parti itu Lim Hong San.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment