Nadzmi Diterbangkan Ke M'sia Untuk Rawatan Lanjut

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Nadzmi Mohd Salleh, yang terkena serangan angin ahmar ringan di Chennai, Selatan India, pada Ahad lepas diterbangkan ke Malaysia Khamis untuk menjalani rawatan lanjut.

Nadzmi, yang tiba dengan penerbangan pesawat ditempah di Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 5 petang, dibawa ke sebuah hospital swasta, kata Proton Holdings dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata Nadzmi menunjukkan tanda-tanda positif untuk sembuh tetapi doktornya menasihatkan beliau berehat dan tidak menerima pengunjung buat masa ini.



Nadzmi terkena serangan angin ahmar ringan selepas mengadu sakit dada sebaik sahaja mendaftar masuk di sebuah hotel di Chennai.



Beliau berkada di Chennai menyertai misi perdagangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.