208 Peserta Tahun Baru Ditahan Dalam Operasi Bersepadu JAIS

Sebanyak 208 tangkapan melibatkan kesalahan minum minuman keras dan berkhalwat dibuat Jabatan Agama Islam Selangor dalam satu Operasi Khas Tahun Baru 2010 di sekitar Shah Alam, Klang dan Kajang malam semalam.

Operasi itu juga mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, operasi ini dilakukan bagi menguatkuasakan enakmen jenayah syariah di negeri ini di samping mencegah jenayah syariah yang semakin meningkat.

“Daripada jumlah tersebut lebih kurang 200 anggota telah turn bersama, tempat-tempat yang ditujui adalah di taman-taman, pusat-pusat rekreasi, tempat awam hotel dan pusat-pusat hiburan. Operasi bagi tahun baru ini juga pihak penguatkuasaan JAIS dibahagi kepada beberapa zon seperti di Shah Alam, Klang dan Kajang,”katanya.

Operasi yang bermula tepat jam 12 malam berakhir jam 4.30 pagi tadi menyaksikan 25 tangkapan bakal di hadapkan ke Mahkamah Syariah Shah Alam, 40 kes ke Mahkamah Syariah Kajang dan 33 kes ke Mahkamah Syariah Klang.

Sementara itu, sebanyak 44 tangkapan diarahkan mengikuti sesi kauseling ibu pejabat JAIS, 12 di Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan 54 di Pejabat Agama Islam Daerah Kajang yang diadakan sejurus selepas tangkapan dilakukan.

No comments

Powered by Blogger.