Adun Teratai Nafi Pembantu Mengedar Dadah

AMPANG, 14 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee, kesal dengan cubaan penyokong Barisan Nasional mengaitkan anggota pentadbirannya dengan sindiket pengedaran dadah.

Janice berkata tuduhan blog tertentu yang mendakwa pembantu khasnya, Mohamad Samad, ditahan dalam satu operasi rampasan dadah di Pulau Pinang adalah tidak benar sama-sekali.

“Saya juga difahamkan sekarang ada satu kumpulan orang yang diupah untuk serang Pakatan Rakyat (PR) sahaja melalui cyber through. Itu nama yang mereka katalah. Jadi saya percaya ini semua adalah dibayar untuk serang kita satu demi satu. Hari ini saya, esok saya tak tahu siapa lagi,” katanya.

Berikutan tuduhan palsu tersebut, Janice membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, tepat jam 9.45 pagi semalam, bersama Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Mohamad, ahli majlis dan penyokong-penyokong parti itu.

“Saya nak buat satu laporan polis pegawai khas saya masih ada di sini, tidak ditangkap, tidak ada kena-mengena berkaitan dengan isu dadah dan sebenarnya saya cuma ada seorang pegawai khas tetapi di sini (blog) ditullis dua. Saya sendiri pun tidak tahu siapa pembantu kedua inilah,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.