Anwar akur Elias ketuai majlis Islam P. Pinang
Pakatan Rakyat akur menerima pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Elias Zakaria sebagai yang dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama ADUN Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dicadangkan dan keputusan muktamad itu atas perkenan baginda.
"Kami tetap menerima pelantikan tersebut dan meminta barisan baru supaya bekerja keras untuk membuktikan bahawa pengurusan MAINPP dapat diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran (parti) Pakatan," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasannya di Permatang Pasir hari ini.
Pada 23 Ogos lalu, Anwar dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir mengumumkan Mohd Salleh, calon PAS yang bertanding di Permatang Pasir pada masa itu, dilantik sebagai pengerusi MAINPP sekiranya memenangi kerusi itu.
Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan (USM) Elias sebagai YDP MAINPP, manakala Salleh Man, yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, hanya dilantik sebagai timbalan yang dipertua MAINPP.
- Bernama

No comments
Post a Comment