Forum Bantah e-Undi: Aziz Bari tarik diri!
PAKAR Perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dilaporkan menarik diri dari menjadi panel Forum Terbuka: E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Universiti, beberapa jam yang lalu.
Melalui email yang dihantar kepada penganjur, beliau terpaksa berbuat demikian ekoran mendapat surat amaran daripada pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain itu, publisiti yang negatif turut mendesak beliau supaya tidak menyertai forum itu.
“Saya tidak dapat hadir disebabkan situasi publisiti yang negatif dan surat amaran dari UIAM,” dipetik dari email yang diihantar oleh Abdul Aziz.
Mengambil teladan dari layanan Universiti Malaya ke atas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad beberapa bulan lalu, Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa mengambil sikap tidak terlalu menonjol.
“Saya teringat apa yang berlaku pada YB Nik Nazmi tempoh hari, dia ahli politik tapi saya masih terikat dengan kontrak Universiti,” jelasnya.
“Eloklah saya bersikap ‘lowprofile’ dulu buat masa ini.”
Beliau turun memohon maaf kerana terpaksa menolak program sebegini.
“Singat saya, inilah kali pertama saya menolak pelawaan progrm sebegini,” jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, sekumpulan mahasiswa terpaksa meneruskan forum tersebut di tapak letak letak kereta pensyarah.
Forum tersebut kemudiannya berpindah ke koridor APIUM disebabkan hujan.
Semalam, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengarahkan Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH) membatalkan forum tersebut.

No comments
Post a Comment