Gerak kecam KPT tidak bersikp terbuka
nazreeKUALA LUMPUR, 18 Jan: Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tidak bersifat terbuka sehingga menyebabkan anggota keselamatan menahan dua pimpinan mahasiswa dan seorang wartawan Harakahdaily minggu lepas ketika mahu menyampaikan memorandum bantahan E-Voting.
Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, sewajarnya pihak KPT menerima baik memorandum tersebut dan memaklumkan kepada anggota keselamatan agar tidak mengganggu perhimpunan aman oleh mahasiswa tersebut.
“Bantahan E-Voting oleh para mahasiswa IPTA/IPTS wajar diberikan pertimbangan dan ruang perbincangan yang serius,” katanya.
Baginya, tuduhan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa mahasiswa yang hadir adalah untuk mencari publisiti menjelang pilihan raya kampus adalah dangkal sama sekali.
“Ini adalah bentuk-bentuk penidakkan terhadap agenda membudayakan integriti yang wajar dimulakan secara serius di kampus-kampus termasuk di dalam pilihan raya kampus,” ujarnya lagi.

No comments
Post a Comment