Umno: ALLAH Di Malaysia Dibezakan Oleh Negeri Ada Sultan?

KUALA LUMPUR: Kalimah ‘Allah’ boleh digunakan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya), Sabah dan Sarawak kerana ketua negeri bukan seorang sultan.

“Di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang dari mengguna kalimah ‘Allah’,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.(gambar)

Dalam kes Herald, beliau berkata Menteri Dalam Negeri merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan dan bukan digunakan enakmen untuk mengarahkan supaya penerbitan itu menghentikan penggunaan kalimah ‘Allah’ kerana kes ini timbul di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran pengangkutan awam di Hentian Puduraya di sini semalam, Nazri mempersoalkan keperluan orang-orang bukan Islam menggunakan perkataan Arab apabila mereka boleh menggunakan perkataan ‘Tuhan’.

Beliau berkata sebarang resolusi atau langkah penyelesaian berhubung dengan kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ hendaklah diselesaikan melalui mahkamah.

“Jika kita mahu menyelesaikannya di luar mahkamah, sepatutnya (Ketua paderi gereja Katholik Kuala Lumpur), Tan Sri Murphy Pakiam mengambil langkah ini kerana beliaulah yang memohon semakan kehakiman ke atas tindakan Kementerian Dalam Negeri,” terang beliau.

No comments

Powered by Blogger.