Hanya Nik Aziz boleh arah siasat keputusan Exco bocor
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, — PAS Kelantan berpendapat hanya Menteri Besar yang berhak membuat keputusan sama ada perlu untuk membuat siasatan dalaman terhadap apa yang didakwa berlaku kebocoran maklumat rasmi kerajaan bersabit kerugian kompleks Bazar Tok Guru.
Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Datuk Husam Musa berkata PAS Kelantan sama sekali tidak akan mencampuri urusan kemelut bazar berkenaan kerana ia tidak berkaitan dengan parti.“Setakat ini dalam parti kita tak bincang sebab kita tidak menganggap itu satu perkara yang perlu dirahsiakan.
“Itu urusan kerajaan,” kata Husam yang masih mahu agar ia didedahkan sebab pentadbiran kerajaan negeri mesti bertindak telus.
“Tak ada apa yang salah dalam urusan itu kenapa kita nak sembunyikan.
“Kita yakin Menteri Besar akan memutuskan perkara itu dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang dan isu ini membabitkan masalah pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya politik.
“Apa pun masalah yang berlaku dalam isu Bazar Tok Guru ini ia mesti didedahkan kepada umum,” kata beliau selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di JKR 10 di sini.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir bagaimanapun keberatan untuk bertemu media atas masalah kesihatan
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata kenyataannya yang sebelum ini meminta kerajaan menyiasat perkara itu adalah berbentuk peribadi.
Menjawab kemungkinan kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan terhadap perkara itu beliau berkata, ia perlu dirujuk kepada Menteri Besar.
Katanya, kemungkinan Menteri Besar akan membincangkan pada mesyuarat Exco akan datang.
“Itu kena tanya Tok Guru dulu, mungkin dalam mesyuarat Exco akan datang kalau tok guru nak bincang.
“Dalam parti kita tak bincang,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung saranannya supaya Menteri Besar memulakan siasatan dengan memanggil anggota Exco terlebih dahulu beliau berkata, itu merupakan satu cadangan sahaja.
“Itu cadangan. Tidak semestinya orang setuju dengan cadangan. Apa pun terpulang pada kerajaan kalau ia menganggap itu satu benda yang besar dari segi kerajaan,” katanya.
Tiga hari lalu menerusi blognya, Husam menyarankan supaya kebocoran maklumat mesyuarat Exco negeri berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak “menjadi mangsa permainan”.
Pehubungan itu beliau menyarankan Nik Aziz memulakan siasatan dengan memanggil anggota Exco terlebih dahulu.
Kebocoran maklumat perkara berkaitan ekoran pendedahan dibuat oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Syed Azidi diketahui umum pernah rapat dengan Husam.
Namun begitu pada masa sama Husam seolah-olah menafikan keakrabannya dengan Kickdefella.
“Saya ambil Kickdefella atas kepakarannya dalam bidang multimedia namun tidak pernah memberi tumpuan terhadapnya sebagai seorang penulis blog.
“Apa yang dia tulis tak ada kena-mengena dengan saya. Bahkan saya sendiri rasa tak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Saya tak suka orang puji saya. Saya tak suka publisiti murahan.
“Tapi dia buat juga nak buat macam mana.
“Kadang-kadang dia serang tak tentu, yang orang anggap sebagai saya yang suruh. Kemudian apabila Kickdefella ditamatkan perkhidmatan dia sudah jadi personal, kita tak boleh nak kawal,” katanya.M/I

No comments
Post a Comment