Kemaluan Tersangkut Dalam Paip

Seorang lelaki yang alat kelaminnya tersangkut di dalam sebatang paip keluli telah dibebaskan oleh skuad bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong logam, selepas para doktor gagal membebaskan alat kelaminnya.

Pasukan perubatan daripada Hospital Besar Southampton bergelut untuk mengeluarkan zakar lelaki itu daripada paip keluli, kerana aliran darah telah menyebabkan ianya terereksi.

Akhirnya, mereka meminta bantuan Pasukan Penyelamat daripada Hampshire.

Pasukan bomba dan penyelamat itu datang dengan satu unit kelengkapan khas daripada Jalan Stesen Mary di Southampton dan tujuh orang ahli penyelamat bagi membantu, daripada apa yang diberitahu oleh seorang jurucakap ia sebagai satu 'operasi halus'.

Para pasukan penyelamat itu menggunakan saiz empat setengah inci pemotong logam perindustrian untuk memotong paip di sekeliling zakar lelaki yang sudah dibius.

Zakar itu akhirnya berjaya 'dibebaskan' dengan keadaan lebam dan bengkak, tetapi cuma tidak mengalami kecederaan lain.

Lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu tidak menjelaskan kepada kakitangan hospital bagaimana zakarnya tersangkut pada paip itu. Dia hanya berkata kejadian itu 'cukup membimbangkan dan mencemaskan'.

Jurucakap Perkhidmatan Pasukan Penyelamat berkata: 'Ia satu operasi yang sangat halus, yang memerlukan satu kawalan yang tepat dan anak buahnya hanya merisaukan jika ia menjadi terlalu panas semasa operasi keratan sedang dilakukan.

'Ia jadi sudah pasti satu panggilan yang luar biasa, dan saya pasti lelaki tidak akan mengulangi peristiwa itu lagi.'

Pengurus Greg Garrett daripada balai bomba Redbridge memberitahu akhbar harian Southampton, Echo: 'Saya pernah mengalami kejadian seperti ini tiga atau empat kali di sepanjang 17 tahun saya berkhidmat sebagai ahli bomba. Ia bukannya kejadian yang kerap.'

Sumber : www.metro.co.uk

No comments

Powered by Blogger.