MCA Dan PPP Ada Dua Ketua. Sekarang Makkal Sakti Ada Dua Ketua.

Presiden parti Makkal sakti yang disingkir RS Thanenthiran mempertikai pemecatan beliau dan mendakwa semua 14 anggota jawatankuasa pusat yang bermesyuarat sepanjang ketiadaannya itu membuat keputusan yang bercanggah daripada undang-undang parti.

Menurutnya beliau masih presiden parti yang sah dari segi perundangan. Ini kerana sebelum pemergiannya ke India kira-kira dua minggu lalu,parti itu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada anggota jawatankuasa pusat berkenaan mengenai mesyuarat haram yang diadakan pada 19 Disember lalu. Namun mereka gagal untuk memberikan jawapan balas.

"Oleh itu secara automatik mereka tidak lagi menjadi anggota parti Makkal Sakti yang sah, kerana dalam tempoh tujuh hari yang diberikan untuk menjawab surat tunjuk sebab itu, tiada jawapan yang diterima.

"Apabila mereka tahu hal ini mereka (kemudiannya) ambil tindakan di luar undang-undang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang

No comments

Powered by Blogger.