Pertahan kalimah Allah! Beramal dengan Rasuah!

Saya terkejut bila melihat gelagat politik umno dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama, kenapa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke mahkamah rayuan. Walhal dalam kes politik Perak, Mahkamah Tinggi buat keputusan Dato'Seri Nizar sebagai MB yang sah manakala UMNO dan BN terus buat rayuan dan mahkamah rayuan terus bersidang serta buat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi.

Ini menunjukan umno ingin mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapikan umat islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagig lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan umno.

Kedua, kita melihat media cetak arus perdana yang berada di bawah kawalan KDN yg menterinya DS Hishammudin merangkap Naib Presiden UMNO beserta media eletronik yang berada di bawah kawalan Kementerian Penerangan terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini .

Bagi saya, kalau umno nakkan kalimah Allah hanya untuk kegunaan umat islam saja dia boleh aturkan dari awal kes ini dengan menetapkan hakim bicara yg boleh menyempurnakan hasrat umno. Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli UMNO yang boleh pastikan hakim yang berjiwa umno utk mengendalikan kes ini.

Tapi semua itu tidak berlaku, kerana umno ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan UMNO dan BN. Saya percaya bila isu ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai UMNO lah juara, maka rayuan akan dibuat serta mahkamah akan bersidang untuk membatalkan keputusan mahkamah tinggi. Umno pun akan mendabik dada dan berkata dia lah yang mampu pertahankan Islam. Kepada pihak gereja, umno/bn akan berhujah ini keputusan mahkamah kita tidak campur tangan.

Cukup licik politik umno dan sedar atau tidak rakyat tidak lagi berbincang isu enjin jet hilang,gula naik harga roti putih naik harga,bajet bocor Rm28 bilion,hadiah rumah pada bekas PM Pak Lah Rm12 juta,kes PKFZ Rm4 bilon,kes Menteri Pengangkutan Dtk Ong tee Kiat mendapat habuan dari Syarikat Kuala Dimensi sebanyak Rm10 juta dan banyak lagi kes korupsi/rasuah pemimpin umno/bn.

Kepada umat Islam khususnya di Malaysia, saya minta bersabar dan bertenang. Saya percaya kerisauan umat Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan dakyah agama lain(kristian)kepada org Islam. Saya juga percaya inilah yg menghantui umat Islam. Bukan nak halang penganut agama lain mengguna kalimah Allah. Sudah ramai orang bukan Islam seperti ahli parlimen Taiping,Padang Serai, Adun Simpang Pulai dan ramai lagi serta termasuklah pimpinan dan ahli dewan perhimpunan penyokong Pas menggunakan penghujahan dengan membaca ayat suci Al-Quran dan hadith yang ada kalimah Allah. Pembacaan dan penggunaan ayat suci Al-Quran yang mereka lakukan adalah dengan tujuan yang baik dan umat menyambut serta menerima dengan baik.

Jadi apa yang penting jika mahkamah terus mengekalkan keputusan penggunaan kalimah Allah ialah menetapkan garis panduan yang khusus supaya tidak disalah guna untuk tujuan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Apa pun terserahlah kepada proses perundangan yang perlu segera diputuskan oleh mahkamah seterusnya. Yang penting seluruh institusi umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiyah Islam keatas umat Islam agar punya pegangan Islam kuat serta aqidah islam mantap dan Iman yang teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yang dibimbangi atas isu penggunaan kalimah Allah dan penyebarah dakyah agama lain keatas umat Islam. Selama ini pun kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Contoh pemikiran yang cuba memisahkan agama suku dan politik suku yg diambil dari ajaran agama kristian. Pas mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dlm pemikiran umat islam sedikit demi sedikit. Satu ketika dulu umno lah juara nak buang perkataan Islam dari parti politik dan ngo, tetapi akhirnya Majlis Raja-Raja membuat keputusan bahawa usaha umno ingin buang nama Islam dar Pas itu salah dan membenarkan parti politik Pas menggunakan kalimah Islam pada parti Pas. Ini bahaya sebenar yang perlu dipantau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa umno hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka. Saya berharap umat Islam dan seluruh rakyat berbilang Agama tidak akan masuk perangkap umno/bn dan agenda politik jahat mereka.

mahfuz

No comments

Powered by Blogger.