‘RM5000′ menjelang PRK UM

tnc


tnc1





Menjelang Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Malaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kampus berkenaan berbesar hati menyalurkan dana RM5000 kepada setiap kolej melalui pengetua kolej kediaman.

Peruntukan berkenaan diluluskan pada 15 Januari yang lalu.

Tujuan peruntukan berkenaan ialah bagi membantu menjayakan “aktiviti kepimpinan dan latihan” yang selama ini ditanggung oleh pihak kolej.

Peruntukan berkenaan diluluskan oleh Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris, Timbalan Naib Canselor kampus berkenaan.

Dalam pada itu, makluman daripada pegawai pejabat Bendahari kampus berkenaan menyatakan setiap kolej mempunyai dana tersendiri setiap tahun disamping dana sumbangan universiti terus melalui pejabat Bendahari pada awal semester.

Sebarang peruntukan kewangan universiti kepada pihak kolej “tidak akan melalui” mana-mana pejabat Timbalan Naib Canselor sama ada TNC Penyeledikan dan Inovasi, Akademik dan Antarabangsa, Pembangunan mahupun Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

“Kita (Bendahari UM) sememangnya bagi dana khas terus masuk akaun kolej (kediaman) awal sem (semester), tak ikut HEP, agak pelik sikitlah jika pejabat HEP sendiri yang bagi (dana),” ujar pegawai berkenaan.

Selain itu, surat peruntukan (foto) berkenaan juga tidak mempunyai ’salinan kepada’ (sk) kepada Pejabat Bendahari UM.

Terdahulu, beberapa pihak mendakwa wujud dana “bawah meja” oleh pihak HEP kepada setiap kolej bagi menyokong tanggungan dana bagi Pilihanraya Kampus minggu hadapan.

Dana berkenaan juga didakwa khas untuk jentera kolej-kolej kediaman.

Setakat ini, dakwaan berkenaan masih belum dijawab oleh mana-mana pihak termasuk kolej kediaman mahupun pejabat TNC HEP.-UMtoday

(Klik bagi saiz besar)

No comments

Powered by Blogger.