DENMARK mahu larang pakai purdah
COPENHAGEN 20 Jan. - Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen berkata, wanita Islam yang mengenakan pakaian menutup muka seperti burka dan purdah tidak mempunyai tempat di negara itu dan kerajaannya sedang mengkaji untuk menyekat mereka daripada berpakaian sedemikian.
Rasmussen bagaimanapun, tidak menyebut istilah 'pengharaman' tetapi menekankan bahawa ia bakal menjadi satu kesalahan undang-undang di negara ini.
"Prinsip kerajaan adalah jelas, pemakaian burka dan purdah adalah sama sekali tidak akan diterima oleh masyarakat di negara ini. Mereka menggambarkan layanan terhadap wanita dan hak kemanusiaan yang sentiasa mendapat tentangan daripada kerajaan Denmark. Malah, kami juga sedang berusaha menentang budaya seperti ini.
"Denmark adalah sebuah negara demokrasi dan rakyatnya lebih gemar melihat muka setiap orang ketika bercakap dengan mereka, tidak kira sama ada di bilik darjah mahupun di pejabat," ujarnya kepada pemberita.
Katanya, kerajaan berhaluan tengah-kanan pimpinannya sedang membincangkan larangan pemakaian burka dan purdah ini agar ia tidak bercanggah dengan perlembagaan negara Scandinavia itu.
Kenyataan Perdana Menteri itu hadir sehari selepas laporan yang menyebut pemakaian burka adalah sangat jarang dilihat Denmark. Walaupun tiada angka rasmi, namun, dilaporkan kira-kira 100 hingga 200 wanita di Denmark mengenakan burka dan purdah.
Laporan yang ditulis oleh seorang penyelidik dari Universiti Copenhagen itu dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial.
Isu ini telah menimbulkan perdebatan hangat hingga menyebabkan kedua-dua parti gabungan kerajaan berpecah sekali gus menambahkan tekanan kepada parti gabungan kerajaan, Parti Rakyat Denmark.
Menurut laporan itu, kira-kira 100,000 atau 1.9 peratus daripada jumlah penduduk negara itu adalah wanita Islam. Daripada jumlah itu, 15 peratus wanita Islam di negara tersebut mengenakan burka dan purdah.
Hubungan Denmark dan dunia Islam semakin keruh ekoran penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad pada 2005. - AFP

No comments
Post a Comment