Siapa Yang Main2kan Keselamtan Negara?

KUALA LUMPUR: "Jangan main api," tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) mengulas gurauan dilakukan seorang pelajar menerusi laman sembang mendakwa dia individu bertanggungjawab dalam serangan di beberapa gereja, baru-baru ini.


Difahamkan, pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapannya dirakamkan.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai padah diterima seorang pelajar jurusan warisan budaya sebuah kolej di ibu kota apabila ditahan di rumah sewanya di Sunway Mentari, Petaling Jaya selepas membuat jenaka mendakwa dia dalang di sebalik kes pengeboman di beberapa gereja sekitar ibu kota.


Hasil siasatan awal mendapati pelajar itu membuat gurauan bertujuan menarik perhatian umum ketika isu berkenaan hangat diperkatakan.

Menurut Ismail, pihaknya memberi amaran keras kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan dakyah songsang yang akan mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita tidak pernah memandang remeh isu sebegini. Malah, kita bersedia menggunakan semua peruntukan undang-undang yang dipertanggungjawabkan bagi mengatasi masalah ini termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Contohnya, pelajar mendakwa menjadi dalang kepada pengeboman di beberapa gereja...walaupun hanya gurauan, kita tetap siasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna rangkaian perkhidmatan komunikasi.

"Pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas disoal siasat. Namun, kita membuat pemantauan berterusan kepada semua laman sembang supaya perkara sama tidak berulang," katanya ketika ditemui di sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

enjin jet yang dok dalam kem pun boleh hilang?apa barang?bangan jugak la kadan2 dengan puak ni

No comments

Powered by Blogger.