(Terkini) Rejim Zionis berusaha memusnahkan perkuburan lama Palestin.

http://www.palestine-info.co.uk/En/DataFiles%5CCache%5CTempImgs%5C2010%5C1%5Cimages_News_2010_01_04_mamanullah_300_0.jpg



Selasa, 05/01/2010 – Pihak rejim Israel tetap rancak dalam mengesan dan memusnahkan perkuburan lama umat Islam di sini, seperti yang dinyatakan oleh pihak jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk penstrukturan semula perkuburan umat Islam di Baitul Muqaddis.

Isnin lalu, jawatankuasa tersebut mengatakan bahawa pihak rejim Israel telah menghantar traktor ‘bulldozer’ atas permit pihak berkuasa bandar ke tempat perkuburan di kawasan barat Baitul Muqaddis untuk menutup perkuburan itu menggunakan serpihan kayu yang tebal.

Mustafa Abu Zuhra, pengerusi jawatankuasa tersebut, bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memberhentikan kerja-kerja yang dijalankan oleh traktor ‘bulldozer’ itu. Beliau juga dinyatakan telah menghubungi pihak berkuasa di bandar itu dan meminta supaya segala serpihan kayu itu dialihkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fairuz

No comments

Powered by Blogger.