Rupa2nya Ada Dua Allah Di Malaysia..Allah Semenanjung Dan Allah Sabah Sarawak?

ni la pelik apabila agama dipisahkan di Malaysia dalam pentadbiran


Tiada halangan guna kalimah ‘Allah’ di Sabah, Sarawak: Nazri

KOTA KINABALU, 15 Jan. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kepada akhbar tempatan di Sabah bahawa kalimah ‘Allah” penganut agama Kristian di negeri itu dan Sarawak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Katanya, kerajaan faham bahawa telah menjadi tradisi pribumi di dua negeri itu menggunakan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam upaca sembahyang dan keagamaan mereka.Malahan orang Islam di sana juga sudah biasa dengan keadaan ini.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual di Kuala Lumpur oleh Borneo Post.

“Kristian di Sarawak dan Sabah tidak perlu bimbang terhadap isu ini kerana ianya tradisi biasa di sana. Saya pernah pergi ke Gereja masyarakat Iban dan mendengar perkataan ‘Allah’ digunakan di sana.

Bagaimanapun katanya, kalimah ‘Allah’ tidak dibenarkan untuk digunakan di semenanjung Malaysia dan penganut agama Kristian di dua negeri itu perlu menghormati peraturan bila mereka berada di Semenanjung.

ayuh demo?parpukari

No comments

Powered by Blogger.