Tolong La Percaya Berita Ini Wahai Rakyat Jelata

Ekonomi negara dijangka positif

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Jan. – Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun lalu berbanding penguncupan yang berlaku pada tiga suku pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan yang positif, tahun lalu.

Katanya, keadaan itu akan membantu negara mencapai kadar pertumbuhan tahunan melebihi lima peratus pada tahun ini.

“Walaupun saya tidak dapat menyatakan sejauh manakah kadar positif tersebut tetapi saya yakin Malaysia mampu capai kadar pertumbuhan yang positif.

“Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan negatif pada tiga suku sebelum ini iaitu masing-masing pada negatif 6.2, negatif 3.9 dan negatif 1.2 peratus.

“Petunjuk-petunjuk ekonomi yang ada bagaimanapun menunjukkan kadar kita adalah positif pada suku seterusnya,” kata beliau.

Nor Mohamed berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kumpulan Perniagaan Oxford mengenai penerbitan Laporan Malaysia 2010 di sini hari ini.

Laporan tersebut digunakan sebagai rujukan dan garis panduan oleh pelabur antarabangsa untuk membuat keputusan mengenai destinasi pelaburan yang sesuai.

Nor Mohamed berkata, pelbagai petunjuk ekonomi menunjukkan 2010 merupakan tahun yang baik untuk Malaysia manakala pakej rangsangan ekonomi akan terus memberi kesan positif kepada negara ini.

“Trend pekerja sektor pembuatan diberhentikan kerja tamat sejak Julai 2009 dan digantikan dengan trend pengambilan pekerja.

“Tahap keyakinan pengguna juga semakin baik dengan peningkatan jumlah permohonan dan kelulusan pinjaman bank,” katanya.

Tambah beliau, beberapa petanda dunia seperti permintaan tinggi terhadap cip elektronik yang didorong oleh perkembangan industri automotif di China dan India turut memberi manfaat kepada Malaysia.

“Selain itu, harga minyak dan komoditi yang tinggi juga menguntungkan Malaysia yang merupakan pengeluar produk itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, kadar tol baru untuk lebuh raya di Semenanjung akan diketahui dalam tempoh suku pertama negara ini selepas ia diluluskan oleh Kabinet.

Mengenai serangan ke atas gereja, beliau berkata, insiden tersebut tidak akan menjejaskan aliran kemasukan pelabur asing ke negara ini.

“Ini kerana para pelabur mengenali Malaysia sebagai negara yang bersatu,” katanya.


percaya laaaaaaaaa....oooo....umno nak bohong rakyat!

No comments

Powered by Blogger.