ADUN Kerdau Stabil Tetapi Kritikal

KUANTAN 10 Mei - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara petang semalam kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

"Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lepas dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya)stabil tetapi kritikal" katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2010 di sini, hari ini.

Zaharuddin dimasukkan ke Hoshas Isnin lepas dan dipindahkan ke IJN petang semalam.

Pada majlis itu, seramai 162 pelajar cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai daripada Yayasan Pahang.

Sementara 10 pelajar dianugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang yang turut meliputi elaun komputer dan tiket penerbangan bagi yang menyambung pelajaran di luar Semenanjung atau luar negara.

Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

keADILan Bayan Baru™ said...

inilah sikap dan imej stendert pemimpin angkoh sombong amNO-apCO-Bn yang masih mahu si wakil rakyat yg tidak sihat, tak mampu berkhidmat kepada rakyat akibat serangan penyakit, alami masalah kesihatan agar cepat sembuh kerana TAKUT diadakan Pilihan Raya Kecil di DUN tersebut berbanding arah ADUN tersebut letak jawatan...

hanya Allah Yang Maha Kuasa menentukan segala-galanya...

Powered by Blogger.