Alkisah First Lady Yang Derhaka

ROSMAH MANSOR MENDERHAKA

Merujuk kepada petikan sebuah blog yang memaparkan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai `The First Lady ‘ di Malaysia pada ketika ini.

Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara. Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara.

Sikap Datin Seri Rosmah Mansor yang kerap menggunakan ungkapan “The First Lady “yang merujuk kepada dirinya dilihat sesuatu yang tidak sopan dan seolah-olah menunjukan beliau cuba untuk membelakangi Istitusi Diraja.

Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.
Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara.

Justeru, kami menggesa Datin Seri Rosmah Mansor membuat kenyataan maaf secara terbuka dan berhenti menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.


Yb Puan Zuraidah Kamaruddin

KETUA WANITA PARTI KEADILAN RAKYAT

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.