APCO Atur Pemukiman Najib PM 1Malaysia & PM 1Singapore Lee Hsien Loong ?
Oleh: profesor
"Satu berita yang harus dijadikan fokus oleh rakyat 1Malaysia , yang dilaporkan dalam semua media arus perdana , juga media alternatif ialah Pemukiman bersama Najib, PM Singapura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja ke Singapura selama tiga hari , untuk menghadiri satu pemukiman dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu dua hala dan rantau yang menjadi kepentingan bersama.
Lawatan kerja itu akan menyediakan peluang untuk kedua-dua pemimpin merapatkan hubungan peribadi mereka di samping mengukuhkan dan meningkatkan hubungan baik dan rapat yang dinikmati oleh Malaysia dan Singapura.
Najib akan diiringi oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, beberapa menteri kabinet dan para pegawai kanan, tambah kenyataan itu.
Jadi , sekiranya itu yang dilaporkan oleh media milik kerajaan , ia menjadi satu kewajipan bagi sekalian rakyat 1Malaysia mempercayainya , Cuma tidak menjadi satu kesalahan juga sekiranya ada rakyat yang menunggu sekiranya terdapat berita berita besar , selepas 3 hari ini , antaranya ;-
1. Adakah akan diumumkan bahawa Singapura bersetuju menyerahkan Loji Rawatan Air di Johor untuk diuruskan oleh SAJ ?
Sekiranya itu berlaku , maka gegak gempita lah seluruh alam 1Malaysia kerana kejayaan PM 1 Malaysia merundingi satu terma perniagaan dan urus niaga yang cukup sulit , yang cuba dirundingi oleh kesemua PM terdahulu , tetapi dukacita gagal.
Maka kembali lah maruah negara 1Malaysia kerana berjaya mengambil semula tanah milik negara dan operasi rawat air.Maka , sekonyong konyongnya Singapura bersetuju membeli air terus dari negara 1Malaysia dan operasi merawat air diserahkan untuk dikendalikan oleh pihak Malaysia.
2. Adakah akan terjadi tekanan dari pihak Singapura , bahawa negara 1Malaysia mesti menjual pasir untuk kegunaan industri pembinaan dan operasi tambak laut
Maka ekoran dari itu, akan bangkit lah sekalian Melayu dari seluruh negara 1Malaysia , dan NGO2 terutamanya PERKASA yang dipimpin oleh YB Datuk Ibrahim
Ali. Maka tidaklah sayugia sekalian keris , tombak , lembing dan senjata seluruh Kelantan dan negara 1Malaysia , dihantar dan dihimpunkan di Tambak Johor dan Link Kedua berdemostrasi membantah perbuatan biadap PM 1Singapura memaksa Najib menyerahkan pasir kepada Singapura.
Cukup hanya dengan PERKASA mengadakan perarakan dan demostrasi besar besaran seluruh negara menyatakan bantahan , dan memberikan tempoh 24 jam untuk Singapura menarik balik ugutan tersebut.
Sdr Senator Ezam juga dengan segala hulu balang diangkut dengan menggunakan kotak – kotak yang disimpannya selama ini , kerana semua kenderaan di negara 1Malaysia sudah ditempah bagi membawa para penunjuk perasaan ke Johor.
3.Adakah akan ada tawaran dari Singapura , kononnya GLC milik Singapura akan bersetuju untuk melabur di semua koridor ekonomi , NCER , ECER , SCORE dan ISKANDAR , berjumlah RM100 billion ?
Maka dicanang lah seluruh pelusuk alam kononnya , ekonomi negara yang dicatatkan kadar pertumbuhannya sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010 , dapat dikekalkan berkembang sebanyak 8 10% hingga akhir tahun 2010 dan seterusnya.
Maka , mungkinkah orang orang Cina dan pengundi pengundi Cina akan berpusu pusu mengunjungi PM di Satria Putrajaya , mengucapkan terima kasih kerana berjaya memulihkan ekonomi, dengan begitu hebatnya.
Dengan itu diharapkan pengundipengundi Cina akan menyatakan hasrat dan tekad untuk bersama sama kerajaan BN dalam PRU 13 tahun 2011 nanti , yang dijangka akan diadakan bersama sama dengan pilihanraya negeri Sarawak.
Semua ini kononnya akan menarik sokongan rakyat 1Malaysia terhadap Najib terutamanya dan UMNO/BN 1Malaysia amnya
Apa yang Najib dan team perang saraf UMNO harapkan sekembalinya dari Singapura nanti , ialah sambutan besar – besaran di KLIA menunggu kepulangan wira 1Malaysia kerana telah berjaya menundukkan PM 1Singapura yang tidak mampu dilakukan olehh semua PM2 terdahulu sejak 53 tahun lampau.
Najib amat memerlukan suntikan semangat luar biasa , setelah terkena renjatan elektrik berkuasa 398kv di Sibu , dan juga krisis terbaru dalam MIC ekoran perang terbuka dan perang saudara , dan lain – lain bala bencana yang belum reda sejak 08 mac lagi.
Keadaan benar – benar tidak menyebelahi Najib , UMNO dan BN kini.
Sekiranya ini berlaku , benarlah tanggapan dan tuduhan rakyat 1Malaysia semuanya ini adalah diatur oleh APCO yang katanya dilantik oleh Kerajaan BN-UMNO bagi memberi nasihat kepada kerajaan dan sekalian pemimpin pemimpinnya bagaimana untuk mendapatkan sokongann kembali rakyat 1Malaysia.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment