BN Diselar Isu Tanah Adat & APCO

Oleh HALIK ZAMAN

TANAH-tanah adat yang sedang diduduki oleh orang kampung di seluruh daerah di Sabah hendaklah dihormati oleh Kerajaan BN dan tidak sewenang-wenangnya dihalau oleh Kerajaan tanpa mengkaji latar belakang orang kampung Bumiputera Sabah yang sudah menduduki tanah adat tersebut yang sudah berpuluh tahun lamanya.

Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin memberi tahu dalam sidang bulanannya hari ini di Kota Kinabalu kepada semua Ketua-Ketua Cabang PKR Negeri Sabah.


“Semua Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah hendaklah turun padang untuk menyiasat permasalahan tanah adat di daerah masing-masing jika ada permasahan sedemikian hendaklah merujuk kepada peguam-peguam PKR Sabah untuk tindakan selanjutnya.” terang Ahmad Tamrin.

Sebelum itu Ahmad Tamrin telah mengucapkan tahniah kepada Gonsibin Yasundang Ketua Cabang PKR Tenom kerana telah bejaya mendapatkan ahli-ahli baru di sekitar daerah Tenom, semoga usaha beliau untuk mendapatkan ahli-ahli baru PKR akan dicontohi oleh semua Cabang PKR di seluruh Sabah. Tahniah.

Ahmad Tamrin juga mengajak kepada semua Ketua Cabang PKR Sabah agar bersatu padu bersama pucuk kepimpinan PKR Pusat mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato’ Seri Najib yang membayar wang rakyat kepada firma Zionisme APCO untuk membantu Kerajaan UMNO/BN dalam apa jua urusan hal-ehwal perkhidmatan untuk negara Malaysia.

“Sikap Kerajaan UMNO/BN yang sanggup dikuasai oleh Amerika Syarikat menyekat penjualan minyak ke Negara Iran yang banyak membantu perjuangan rakyat Palestin suatu sikap yang dikutuk oleh seluruh umat Islam termasuk PKR,” tegas Tamrin.

Kata Tamrin, agama Islam melarang untuk berkerjasama dengan Yahudi dan para ulamak Islam memutuskan bahawa berkerjasama dengan kezaliman regim Yahudi-Zionisme adalah haram dan kalangan parti yang turut berbuat demikian semestinya ditolak oleh rakyat Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.