BN Mula Gelabah, Taib Turun Dengan Seluruh Kabinet
Oleh Dzulkarnain Taib
SIBU 16 Mei - Hampir empat jam setelah pusat mengundi di buka kem Barisan Nasional mula menunjukkan keresahan apabila Ketua Menteri, Menteri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri turut turun menyerta perayu undi di kawasan majoriti pengundi Melayu bagi memancing undi.
Di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Perbandaran Sibu, Jalan Bandong, Tan Sri Abdul Taib, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Tanah, dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan atau lebih dikenali rakyat sebagai 'Awang Tanah' turut serta memantau proses pengundian di situ.
Pusat pengundian itu berada di dalam daerah mengundi Ilir Nangka dalam kawasan DUN Nangka yang memounyai 2,600 pengundi, majoritinya adalah pengundi Melayu.
Ketua petugas Pakatan Rakyat di pusat mengundi itu, Zuraida Kamaruddin berkata setakat ini jangkaan peluang calon Pakatan Rakyat, Richard Wong Ho Leng adalah 50:50.
"Respons pengundi terutama pengundi muda Melayu amat memberangsangkan. Mereka menunjukkan keinginan mahu membuat perubahan dan saya rasa ini satu petanda yang baik memandangkan kawasan ini secara tradisi adalah kubu kuat BN. Perubahan kali di kalangan pengundi Melayu yang mula berani mengundi Pakatan Rakyat diharapkan akan mencetuskan gelombang perubahan yang lebih besar di seluruh Sarawak pada pilihan raya negeri nanti," Zuraida.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment