Bubar Dun Kedah:Noktah selepas ini.

Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN

Spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang nampaknya malam tadi terhenti dengan dengan adanya penegasan daripada 4 wakil rakyat yang berada didalam PR di Kedah malam tadi yang mendapat liputan meluas daripada seluruh media negara sejak sebulan yang lalu sehingga setiap mereka tidak dapat menumpukan kepada kerja dengan baik dan bersemangat dek sanag mulut capoi yang menyatakan ada ADUN dan MP yang akan melompat menjadi katak di Kedah ini.


Dengan adanya penegasan daripada mereka malam tadi, maka ternoktahlah apa yang disebarkan selama ini oleh menusia yang dengki dan irihati dengan apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PR di Kedah ini yang berusaha membantu rakyat keluar daripada kepompong penindasan dan kezaliman BN sebelum ini.

Mereka yang dimaksudkan oleh YB Hj Ahmad Kassim Ketua PKR Kedah malam tadi sebagai manusia dari Merbok. Harap rakyat tahu siapa manusia yang dimaksudkan itu.!

Irihati mereka melihat kesepakatan ADUn daripada Pakatan mentadbir sehingga menggangu pentadbiran MB DS Ust Azizan untuk melaksanakan janji kepada rakyat .

Mereka irhati melihat apa yang dilakukan mereka sebelum jatuh dahulu, menaikkan cukai tanah sehingga membebankan rakyat tetapi diturunkan semasa PR memerintah sehingga 70 %, maka ramailah rakyat ana di Pendang ini terutama kaum Siam yang terkejut dengan apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan PR ini, bawa RM 1000 tetapi masih ada baki lagi 300 untuk dibawa balik, kalau dulu kata mereka bawa sebanyak itu mungkin tak cuklup.

Walaupun kerajaan kekurangan RM 50 juta dengan penurunan hasil dari cukai tanah ini, tetapi kerajaan atas kecekapan dan ketelusan pentadbiran, mendapat balik sejumlah RM 38 juta hasil tender balak setahun yang sebelum ini hanya RM 8 juta sahaja setahun dengan seluasan yang sama, ditambah dengan hasil perbatuan senyak 18 juta setahun. Maka sejumlah RM 56 juta tersebut sudah boleh menampung penurunan cukai tanah yang faedahnya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.

Begitu juga mereka irihati melihat rakyat mendapat faedah dari skim kafalah yang dilaksanakan dengan menyumbangkan RM500 kepada waris setiap kematian yang berlaku kepada mereka yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini, wang hasil penjimatan kerajaan yang dapat dilaksanakn oleh PR di Kedah ini.

Mereka juga irihati dengan perkembangan KUIN yang sedang membangun di Kuala Ketil dengan keluasan 830 ekar kerana selama 14 tahun ia berjalan, mereka tidak dapat mengembangkan sayapnya , kerana daripada 4 kursus yang ada pada masa mereka memimpin, kini setelah 2 tahun diterajui oleh PR, ia sudah mengembang kepada 40 kursus dan penuntut seramai 7000 orang, termasuk pelajar antarabangsa dan PHD serta mereka dilatih dalam 3 bahasa untuk fasih dan cekap. Walaupun Kedah tidak banyak wang, tetapi Bank swasta sanggup membantu membangunkan KUIN ini dengan pembiayaan daripada mereka, alhamdulillah.

Mereka juga irihati dengan perkembangan positik yang berlaku di Pantai Sg Limau dimana kalau dulu semasa BN perintah, 4000 relong tanah dan kampung akan musnah nak dibuat pusat penapisan minyak, kini SULIHH akan dibuat didalam laut dan tidak mengganggu tanah sawah petani dan kampong dan khabarnya akan dimulakan pada September nanti.

Mereka irihati bila mendapat seorang Ketua Perhubungan orang luar nun dari Sabah untuk mengendalikan hal ehwal politik mereka dengan mengenepikan Ketua mereka dahulu yang pernah menjadi Menteri Besar, seolah-olah bekas MB mereka ini tiada nilai lagi bagi mereka untuk mengendalikan politik mereka ditanah tumpah darahnya sendiri.

Mereka irihati diatas keakraban hubungan Istana dengan pentadbiran politik pakatan dan keakraban dengan KCS maka dibuat pelbagai tohmahan sehingga sanggup menfitnah derhaka dan sebagainya, padahal merekalah yang menjadi punca kepada penghapusan imuniti raja-raja semasa bekas PM menjadi PM Malaysia dahulu, bahkan merakalah yang menendang pagar Istana, merekalah yang membuat spanduk menggelarkan 'natang' dan merekalah yang menelanjangkan segala tingkah laku raja kita suatu ketika semasa krisis perlembagaan dahulu, sejarah tidak boleh dipadan wahai mereka dan kamu sekelian.

Oleh itu, maka wujudlah manusia yang disebut oleh Allahyarham Dato'Fadhil Nor, kalau beliau bercakap 10, 11 tak boleh percaya , digunakan untuk menyatakan ada MP dan ADUN Kedah akan lompat parti, dan PR Kedah tergugat.Itu saja ceritanya, tujuannya hanya nak mengharu-birukan pentadbiran , tetapi selepas malam tadi, diharap tidak ada lagi gangguan ini berlaku.

Sejarah PAS menguasai 13 ADUN Kedah semasa YB Saifuddin menang di Lunas dahulu, perlu dijadikan iktibar kerana PAS tidak melobi untuk mereka lompat parti walaupun MB ketika itu cukup di meluati oleh ADUN mereka, tetapi kita tunggu dan buat kerja parti sehingga pilihanraya, kita masuk secara gentleman walaupun lepas tu kita kalah teruk , tetapi terus berusaha ikut lunas demokrasi, jadi kita juga menyeru agar mereka juga tunjukkan sikap gentlemen sehingga PRU 13 dan lihat siapa yang akan diberi kepercayaan oleh rakyat

. England menjadi pak turut kita dalam demokrasi , kenapa bila Goldon Brown jatuh, dia serahkan tugas denganbaik dan tidak pun menunggu untuk ada ahli yang nak lopat parti, dan sekarang Cameron pula yang menjadi PM. Belajarlah menjadi pembangkang yang baik dan berdisiplin. Manusia yang cakap 10 tak boleh dipercayai sebelas ini, pasti akan berkubur sebelum mati.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.