Exco Pertanian Johor selamat jalani pembedahan pintasan jantung

JOHOR BAHARU, 23 Mei — Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam selepas mengadu sakit dada, selamat menjalani pembedahan pintasan jantung.

Pembedahan yang bermula pukul 2 petang itu selesai pada pukul 10 malam, kata pembantu peribadinya Kamaluddin Suib.

“Beliau selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya isteri Abd Aziz, Sabariah Tokimin bersama lima anak dan anggota keluarganya yang lain berada di hospital ketika ini.

Yang melawat beliau hari ini ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian dan ketua polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif. — Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.