Hina Islam : Saya Cabar Kafir Bangga Debat

1. Siang tadi saya dihubungi oleh seorang rakan wartawan yang memaklumkan mengenai kewujudan akaun laman sosial [ facebook ] yang menghina Islam secara melampau dan keterlaluan .

2. Akaun ini boleh diakses pada : http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100001026529844&v=wall&ref=search

3. Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara terutama melalui laman sosial terbuka seperti facebook dan lainnya . Tetapi mereka sekali - kali tidak berhak untuk menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk menghina peribadi dan agama lain .

4. Perbuatan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " kini terlalu biadab dan kurang ajar memperlekeh agama dan nabi Muhammad saw.

5. Entah apa dendamnya terhadap Islam saya tidak pasti tetapi menghina dan mempersenda agama Islam dengan berselindung disebalik nick name memang suatu yang sangat dikesalkan malah tidak keterlaluan saya tegaskan disini bahawa pemilik akaun ini seorang yang sangat naif dan dayus .

6. Jika rasa tidak puas hati terhadap Islam , kenapa tidak memilih jalan untuk berhujjah andai beliau rasa benar dengan segala dakwaan tersebut . Sila tampilkan diri dan kita berhujjah kerana kebenaran Islam tertegak dengan hujjah . Saya sedia tampil berdepan dengan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " demi mempertahankan kesucian agama Islam . Andai saya kalah dan tewas hujjah , insyaallah di belakang saya puluhan , ratusan malah ribuan lagi cerdik pandai Islam yang akan bangun menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh beliau .

7. Apa yang penting ialah berhujjah dengan ilmiah bukan dengan emosi , kata keji dan hina yang kemudiannya bersembunyi di sebalik nick name yang tidak diketahui wajah sebenarnya .

8. Sekiranya Kafir Bangga masih berasa bangga dengan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam dan enggan untuk tampil menyahut cabaran saya untuk berhujjah , saya mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM dan Kabinet mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun laman sosial yang maksudkan ini .

9. Antara pihak yang mesti segera mengambil tindakan ialah Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia agar mengesan pemilik akaun celaka seperti ini untuk diambil tindakan terhadap pemegang atau pemilik akaunnya untuk diseret ke muka pengadilan justeru penghinaan adalah sebahagian dari kesalahan yang tidak boleh di maafkan begitu sahaja . Jika perlu , boleh sahaja kerajaan menggunakan khidmat interpol bagi mengesan pemiliknya . Andai masih juga gagal atau tidak boleh mengesannya , tunggu sahajalah Allah swt bertindak ke atas pemiliknya .

10. Malaysia mestilah lahir dan tumbuh sebagai sebuah negara yang harmoni dan masyarakatnya saling hormat menghormati sekalipun berbeda agama dan cara berfikir . Menghina dan mempersenda adalah satu kedurjanaan yang tidak sepatutnya berlaku lantaran negara kita masih kaya dengan kaedah untuk mengatasi kekeliruan dan salah faham yang wujud antara satu sama lain . Hanya manusia yang hilang aqal dan rosak jiwanya suka mengambil langkah gila dan tidak matang seperti ini .

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/05/hina-islam-saya-cabar-kafir-bangga.html

No comments

Powered by Blogger.