Hizbut Tahrir dan politik kepartian di Malaysia

Oleh Abu Firdaus

Di banyak masjid di Lembah Klang, selepas sembahyang Jumaat, akan adfa yang menyebarkan risalah daripafda kumpulan yang bernama Hizbut Tahrir atau Parti Tahrir. Ada perkahabaran bahawa usaha untuk mendaftarkan parti ini tidak diizinkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana terdapat isu berhubung dengan perlembagaan.

Parti ini menurut laman webnya ditubuhkan di Malaysia pada lewat tahun 1990-an dan matlamatnya jelas iaitu untuk menegakkan sistem khalifah di muka bumi ini. Atau dalam erti kata lain, parti ini seperti mana-mana parti Islam, kumpulan dan gerakan Islam tentunya mempunyai matlamat menegakkan negara Islam. Tetapi mengapakah pendokong-pendokongnya tidak bergabung saja dalam PAS, yang perjuangan Islam adalah jelas.


Tidak sukar untuk mencari jawapannya. Mereka dan terdapat kalangan yang tidak menerima bahawa perjuangan Islam PAS masih tulen. Lebih-lebih lagi ketika mana PAS bersekutui dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Tentu sukar bagi PAS untuk melaksanakan perjuangan Islam dalam sistem kerajaan campuran, jikapun Pakatan Rakyat menang.

Kalau dilihat ketika pertembungan pemahaman politik kepartian dalam PAS sendiri, iaitu antara apa yang dinamakan sebagai UG dan Erdogan, kedua-duanya masih berbentuk bekerjasama dengan pihak lain yang tidak memperjuangkan negara Islam. Gagasan UG ialah kerjasama PAS dengan Umno, sementara Erdogan adalah PAS dengan Keadilan. Maka jika dilihat bahawa sejak tahun 1990, PAS sudah menerima suatu kerajsama dengan Keadilan dan DAP dalam kerangka perjuangannya. Dana dalam tahun itu jugalah Hizbut Tahrir ditubuhkan di Malaysia.

Namun begitu, jika dilihat lebih awal, konsep kerjasama dengan parti lain sudah ada sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1955. Memanglah asalnya PAS ditubuhkan melalui Biro Agama Umno ekoran masalah politik dalaman Umno apabila badan itu menyebelahi Datuk Onn.

Bagaimanapun, apabila PAS ditubuhkan dan menjemput Dr Burhanduddin Al-Helmy sebagai ketua, maka parti itu dengans endiri menjadi pewaris kepada parti islam sebelumnya iaitu Hizbul Muslimin, yang pernah bergabung di bawah Pusat Tenaga Rakyat (Putera) pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Maka dalam pilihan raya pertama Malaya merdeka 1959, PAS bekerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn. APabila Perikatan Umno-MCA-MIC, PAS muncul bukan saja sebagai parti Islam tetapi juga parti nasionalis Melayu. Ia mewarisi perjuangan PKMM, Umno awal yang ditubuhkan oleh Datuk Onn dan juga Parti Negara itu sendiri.

Perpecahan pertama PAS berlaku apabila parti itu bersekutu dengan Umno dalam kerajaan camopuran yang akhirnya menjadi Barisan Nasional pada tahun 1974. Ada ahli tidak bersetuju dengan kemasukan PAS ke dalam gabungan itu. Tetapi parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli PAS iaitu Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) dipimpin oleh Hashim Gera di Perak. Tetapi banyak ahli yang tidak bersetuju berada di Kelantan, tetapi mereka tidaklah sampai menubuhkan parti.

Sebaliknya bila PAS keluar daripada Barisan Nasional, ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju itu pula yang menubuhkan parti baru, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa). Parti ini menggantikan tempat Pas dalam Barisan Nasional. Imej PAS ketika itu sudah luntur. Anak muda Islamik lebih suka bergabung dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sementara di luar negara, anak-anak Malaysia menubuhkan Islamic Representative Council (IRC) dan Suara Islam. Mereka yang menolak proses politik demokrasi memilih cara lain seperti melalui Al-Arqam dan Jemaah Tabligh.

Sekembalinya ke Malysia, Suara Islam pimpinan Khalid Samad menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) tetapi pendaftarannya ditolak kerana ada masalah dengan perlembagaan negara.. Wakil-wakilnya sempat bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya tahun 1982.

Akhirnya sejarah menyaksikan PAS di bawah kepimpinan ulama. Maka banyak pendokong-pendokong negara Islam kembali menyokong PAS. Tetapi golongan lama PAS yang mendokong Datuk Asri pula enggan berada dalam PAS yang diperbaharui ini. Mereka keluar dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim)..

Pada mulanya kedua-dua parti serpihan PAS ini, Berjasa dan Hamim berada dalam Barisan Nasional. Tetapi apabila Umno berpecah dua, menajdi Umno Baru dan Parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim kembali menjadi sekutu Pas dengan memihak kepada Semangat 46 melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Penglibatan dalam pilihan raya pada tahun 1990 membawa kepasda kemenangan PAS di Kelantan. Pada tahun yang sama tanpa disedari oleh banyak pihak, Hizbut Tahrir ditubuihkan di Malaysia.

Apabila Barisan Alternatif dilancarkan pada tahun 1999, boleh dikatakan para pendokong gerakan Islam bergabung ke dalamnya, baik melalui PAS mahupun Parti Keadilan Nasional yang turut menampung pebndokong yang asalnya dari ABIM dan IRC atau Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Pilihan raya tahun 1999 menyaksikan PAS melalui Barisan alternative itu memanangi negeri Terengganu. Kejayaan PAS ini mengendurkan kritikan para pendokong gerakan Islam terhadap kebijakan pimpinan PAS bergabung dengan para pendokong Anwar Ibrahim. Sebelum ini, kebijakan pimpinan PAS bergabung dengan Tengku Razaleigh telah membawa kemenangan parti itu di Kelantan.

Tetapi masuk ke tahun 2000, terdedah bahawa sejak 10 tahun lalu sedang berlaku satru gerakan yang berjuang atas nama Islam tetapi menggunakan pendekatan berbahaya dan mengancam keselamatan. Al-Arqam telahpun diharamkan, bukan kerana keganasannya tetapi akidahnya. Namun begitu tanpa disedari oleh banyak pihak, rupanya terrdapat kumpulan-kumpulan seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudian dikenbalis sebagai Kumpulan Militan Malaysia, Al-Maunah dan Jemaah Islamiah (JI). Kumpulan-kumpulan ini bukan saja berbahaya tetapi mencemar nama baik gerakan Islam itu sedniri.

Seleaps pilihan raya 2008 pula, terdapat kumpulan yang dikatakan tidak puas hjati dengan PAS. Dengan nama Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ia bertanding pilihanraya kecil Permatang Pauh menentang Pakatan Rakyat. Tetapui dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, ia memihak kepada Pakatan Rakyat.

Walau apapun kelemahan PAS, tetapi ia merupakan jemaah yang memperjkuangkan Islam dan kepimpinannya memegang amanah terhadap perjuangan ini. Adalah lebih baik bagi semua pendokong gerakan Islam bergabung dalam satu jemaah politik iaitu PAS


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.