Kuasa Rakyat Adalah Kuasa Keramat

SHAH ALAM 17 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas rakyat Sibu kepada rakyat Sibu kerana memilih calon Pakatan Rakyat Sarawak, Richard Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru sambil berkata kemenangan itu adalah bukti bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

"Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi 'Selamatkan Malaysia' dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-Barisan Nasional. Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat.

"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengkagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada agenda 'Selamatkan Malaysia'," kata Anwar dalam kenyataan beliau hari ini.

Richard Wong mengalahkan calon SUPP-BN, Robert Lau Hui Yew dalam pertandingan tiga penjuru yang sengit dengan majoriti 398 undi.

Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Robert Lau Hoi Chew, Timbalan Menteri Pengangkutan [ada 9 April lalu akibat barah.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.