Manifesto DAP-PR: Sibu Jom Ubah
Sarawak bersama Malaysia kini berada di persimpangan. Kita sepatutnya dan perlu mempunyai kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang lebih baik. Sibu mempunyai peluang yang unik dan bersejarah untuk menjadi tapak permulaan bagi masa depan yang lebih baik dan obor harapan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Sarawak, dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam seperti minyak dan gas, kini tercorot di bawah bersama-sama negeri lain di Malaysia yang berada dalam tahap kemiskinan.
Pada tahun 2009, anggaran hasil negeri adalah RMRM3.726 bilion. Kita ada balak, minyak kelapa sawit, emas dan banyak lagi sumber alam.
Tetapi, lebih dari 70% rumah panjang tidak ada bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat. Sehingga hari ini, tidak ada jalan tar menuju masuk ke kampung-kampung Sarawak.
Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah, tidak banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu.
Hanya satu kesimpulan boleh dibuat. "Politik pembangunan" BN selama 47 tahun telah gagal teruk, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik. Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri.
Sarawak bersama Malaysia amat memerlukan perubahan. Dengan itu pilihan raya kecil Sibu bukan soal siapa menang tetapi ia adalah soal masa depan anak-anak kita di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.
Demi anak-anak kita, Sarawak, Malaysia
Alangkah baik jika anak-anak kita dapat tinggal di Sibu dan di Sarawak di mana mereka boleh menetap bersama keluarga, bermain dengan anak-anak jiran dan bekerja apabila sampai peringkat umur mencari nafkah? Hari ini ramai anak-anak muda kita meninggalkan kampung halaman dan negeri untuk mencari nafkah di luar. Sesetengah dari mereka hanya mampu balik kampung sekali dalam beberapa tahun. Ramai pula yang tidak pulang-pulang setelah meninggalkan kampung halaman.
Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri. Kerajaan yang baik menyediakan peluang-peluang di negeri sendiri dan memupuk keluarga bahagia.
Rakyat Sarawak mesti mempertahankan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan dalam soal kebebasan beragama dan perlu menolak gejala ektremisme agama. Hak rakyat Sarawak untuk mengamalkan agama masing-masing dalam bahasa masing-masing kini telah dicabar oleh kerajaan pusat BN yang mengharamkan kalimah "Allah" dalam kitab Injil Bahasa Malaysia.
Ramai rakyat Sarawak telah menjadi setinggan di tanah sendiri. Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab. Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah. Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.
Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka. Di bawah "politik pembangunan" BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi aset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat-syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain. Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan "projek pembangunan" ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah.
Pentadbiran Baik = Tak Nak Taib
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib bin Mahmud sudah memegang jawatan selama lebih 29 tahun. Masanya sudah tiba untuk kita mengambil alih mandat dari Taib dan keluarganya, serta kita mulakan era baru reformasi dan pemulihan semula.
DAP dan Pakatan Rakyat berjuang untuk pentadbiran baik. Rekod pemerintahan Taib Mahmud (gambar kanan) dan BN menunjukkan pentadbiran buruk. Keluarga Taib melalui Cahaya Mata Sarawak (CMS) menguasai kebanyakan kontrak dan perniagaan yang menghasilkan keuntungan lumayan manakala rakyat terus dibebankan dengan kemiskinan dan peniaga kecil menghadapi kehidupan yang sukar.
Sarawak adalah negeri yang sangat kaya. Dengan mengamalkan sistem tender
terbuka untuk semua kontrak kerajaan dan dengan menuntut kadar royalti yang lebih tinggi dari Petronas, semua rakyat Sarawak akan hidup lebih senang, sekurang-kurangnya bertambah separuh daripada apa yang ada sekarang.
AGENDA "SIBU, JOM UBAH"
1.Masa depan Sibu
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami berjanji untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam masa dua tahun, di samping melabur dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.
2. Warga Emas
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri Sarawak, semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak.
3. Gaji Minima
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak.
4. Pendidikan
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah.
5. Royalti minyak
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat, Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20% dari Petronas, iaitu meningkat dari 5% yang diberikan oleh Petronas sekarang.
6. Reformasi tanah
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri di Sarawak, semua tanah NCR akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak.
7. Pentadbiran CAT dan demokrasi
Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan negeri dan kerajaan pusat, kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan.
*Teks asal manifesto DAP-PR dalam PRK Sibu, Sarawak.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment