Manikavasagam Tetap Setia, Sokong KEADILAN Sepenuhnya

SHAH ALAM 19 Mei - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Parti Keadilan Rakyat dan pucuk pimpinan parti sambil menyokong usaha KEADILAN dalam membanteras gejala rasuah.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan Isnin lalu.

"Saya telah bebrincang dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau merumuskan bahawa aduan saya akan disiasat secara telus dan terperinci. Justeru itu saya telah membuat keputusan untuk menyerahkan isu ini kepada Ketua Umum parti untuk tindakan selanjutnya," kata Manikavasagam dalam kenyataan tiga perenggan beliau.

Manikavasagam juga membidas pihak yang berkepentingan un tuk melaga-lagakan beliau dengan kepimpinan parti dan kerajaan negeri Selangor.

"Di sini saya ingin membuat kenyataan yang tegas bahawa saya akan sentiasa bersama pucuk pimpinan dan taat setia kepada KEADILAN dalam perjuangan murni parti. Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti iaitu untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah," kata beliau lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.