MB Kedah selar media sekongkol dengan BN
Oleh Mohd Shubihi Zain
Media yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebarkan spekulasi kononnya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Kedah akan berpaling tadah ditempelak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar).
Menurut Azizan, media-media tersebut telah dipergunakan oleh Umno dan BN untuk membuat andaian dan spekulasi tentang ketidakstabilan politik di negeri ini hingga menimbulkan keresahan rakyat"Apa yang berlaku adalah disebabkan BN tidak boleh menerima hakikat kekalahan, mereka tanpa segan silu terus menyalahgunakan media-media bagi kepentingan politik mereka.
"RTM diperlakukan seperti harta benda mereka dan dipergunakan untuk menghentam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah, wartawan jangan jadi bodoh macam RTM," tegasnya semasa menyampaikan ucapan di himpunan berhubung spekulasi pembubaran Dun Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota sarang Semut, malam semalam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri turut menyelar peranan media yang berterusan memainkan isu-isu ciptaan Umno dan BN yang terdesak untuk merampas pentadbiran negeri dengan cara tidak bermaruah seperti yang berlaku kepada kerajaan PR di Perak.
"Bermula dengan isu Arumugam (bekas Adun Bukit Selambau) yang dipaksa melepaskan jawatan, selepas itu isu surat layang kononnya salah seorang Exco memaki raja, diikuti isu masalah air semasa musim kemarau, dan yang terbaru, isu soalan dewan yang dikatakan mempertikai kuasa raja.
"Media memainkan isu-isu tersebut sampai rakyat jadi pening, sepatutnya mereka melihat dulu ketulenan dan nilai sesuatu berita sebelum ianya disebarkan," katanya menasihati media yang hadir membuat liputan pada himpunan tersebut.
Perhimpunan itu menjadi tumpuan puluhan ribu rakyat termasuk sebahagian besar petugas-petugas media yang tidak senang duduk dengan spekulasi pembubaran Dun Kedah sejak kebelakangan ini.
Sementara itu, keempat-empat Adun PR yang dikatakan akan meninggalkan parti, tampil menamatkan spekulasi itu.
Kesemua mereka, Tan Show Kang (Sidam), S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) berikrar akan tetap bersama PR dan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar.
Mereka diberikan ruang waktu untuk menyatakan pendirian masing-masing dalam himpunan yang dianjurkan PAS berikutan khabar angin ada di antara mereka yang akan berpaling tadah hingga mengakibatkan berlakunya pembubaran Dun Kedah.
Masing-masing dalam ucapan mereka melahirkan rasa tidak senang apabila terpaksa melayani panggilan-panggilan telefon yang inginkan kepastian berkaitan khabar angin yang disebarkan melalui media, blog dan sistem pesanan ringkas (sms).
Sehubungan itu, kesemua mereka berharap tidak lagi diajukan dengan soalan berhubung perkara tersebut selepas penjelasan itu dan sekiranya ada, ianya tidak akan dilayan.
"Jika ada media yang telefon dan tanya sama ada saya akan lompat, saya akan letak telefon. Tak perlu banyak kali saya nak cakap yang saya tak akan lompat.
"Saya berjanji akan sentiasa berdiri teguh menyokong kepimpinan MB (Ustaz Azizan) dan PR dan tidak akan melompat," kata Tan (Sidam) yang dilantik menganggotai barisan Exco baru-baru ini.
Manakala, Manikumar (Bukit Selambau) pula berkata, media sering memutar belitkan kenyataannya sehingga dilihat kononnya beliau kurang senang dan tidak berpuas hati dengan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan Negeri Kedah.
"Memang terdapat percanggahan pendapat tapi dapat diselesaikan secara rundingan kolektif dan kekeluargaan, saya tetap sehaluan dalam perjuangan dan tidak ada langsung perbalahan seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya tidak akan lupa jasa rakyat dan pengundi yang mengangkat saya sebagai wakil rakyat, saya akan terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong kerajaan PR di bawah kepimpinan Ustaz Azizan dan saya berharap media jangan ulangi lagi soalan berkenaan," katanya.
Lim (Kulim) yang mengambil giliran seterusnya pula menjadi tumpuan mereka yang hadir dan sebahagian besar petugas media apabila secara terbuka menegur kepimpinan parti dan kerajaan negeri.
"Saya merasa sedih bila dua orang rakan kita mengambil keputusan meninggalkan PR, tapi kepimpinan parti dan kerajaan tidak buat 'post-mortem' untuk mengkaji sebab mereka berbuat demikian.
"Kita kena kaji, mungkin ianya berpunca dari kesalahan kita sendiri hingga mengakibatkan mereka bertindak meninggalkan kita," katanya.H/D
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment