MB nafi guna RM176j beli undi PRK Hulu Selangor
SHAH ALAM 1 Mei – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM176 juta bagi membeli sokongan pengundi dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, pada 25 April lalu.
Menurut beliau, dakwaan tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan kerana kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang ketika ini tidak mempunyai peruntukan sebanyak itu untuk tujuan berkenaan.
Katanya, jumlah peruntukan yang didakwa dibelanjakan untuk kempen pilihan raya kecil itu adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan perbelanjaan kerajaan negeri untuk kemudahan dan bantuan kepada rakyat di Selangor iaitu sebanyak RM40 juta setahun.
“Perkara yang dinyatakan ini (guna peruntukan kerajaan negeri untuk kempen) adalah tidak betul.
“Kita tidak ada duit, kita tidak ada peruntukan… kalau ada, saya akan bagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Selangor, di sini hari ini.
Abdul Khalid diminta mengulas laporan sebuah blog di alamat www.mykmu.net yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah membelanjakan peruntukan negeri sebanyak RM176 juta sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Menurut laporan tersebut, perbelanjaan itu dibuat untuk menarik sokongan pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya mengundi calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Kerajaan negeri didakwa membelanjakan kira-kira RM23,000 untuk pemberian beras kepada pengundi selain memberikan sumbangan kepada 7,653 warga emas, melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta dan sumbangan kepada bukan warga emas seramai 16,347 orang (RM1.6 juta).

No comments
Post a Comment