MEB tidak banyak beza berbanding DEB

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini tidak banyak perbezaannya dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Dasar MEB tidak mempunyai asas yang sesuai dan tepat hingga tidak mendatangkan faedah kepada rakyat," kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Konvensyen Usahawan Melayu di PWTC, di sini petang tadi.

Beliau merasa sangsi sama ada MEB ini betul-betul telah dikaji sebelum diumumkan kepada orang ramai. Badan bukan kerajaan merasa khuatir sama ada MEB akan membantu dan menguntungkan orang-orang Melayu.

"Tetapi saya diberi peluang untuk mengkajinya dan saya dapati kandungannya tidak banyak berbeza dengan DEB. Saya sudah beri memorandum dan saya diberitahu ia dibaca oleh kabinet," katanya.

Mantan perdana menteri itu tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan DEB menjadi penghalang kepada program serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Menurut beliau, semasa DEB dilaksanakan ekonomi negara mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar lebih lapan peratus setahun untuk selama 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997.

”Matlamat kita pada ketika itu, hanya pertumbuhan tujuh peratus selama 30 tahun maka kita akan muncul sebagai sebuah negara maju,“ katanya.

Menurut Dr Mahathir, DEB juga telah banyak menyediakan peluang perniagaan dan pendidikan serta membawa keuntungan kepada golongan bukan Bumiputera.
Beliau menasihatkan setengah-setengah pihak agar tidak menjadikan DEB sebagai alasan Malaysia tidak dapat mencapai status negara maju.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.