Pakatan Rakyat Melaka Pencetus Perubahan Pada PRU-13
Oleh Sidiqin Omar
MELAKA 23 Mei - Permuafakatan di kalangan rakan kongsi Pakatan Rakyat bertambah mantap dan kukuh dengan pelancaran Pakatan Rakyat Melaka semalam oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Rakyat Melaka merupakan yang kedua selepas Pakatan Rakyat Sarawak dilancarkan sejurus sebelum pilihan raya kecil Sibu yang menempa.
Program pelancaran yang bertemakan 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' yang diadakan di Dewan Sekolah Pay Fong malam tadi dihadiri lebih 2,000 tetamu termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
"Angin perubahan dari Semenanjung kini telah tiba di Sibu. Tempat yang dikatakan sebagai kubu kuat Umno-BN kini telah berjaya kita tembusi. Saya yakin orang Melaka juga tak mahu ditinggalkan dalam usaha untuk membawa perubahan kepada Malaysia," kata Anwar yang menyuntik semangat kepada hadirin.
Beliau mengingatkan modal politik perkauman kini tidak layak dijadikan kempen politik. Kerosakan dalam pentadbiran dan masalah ekonomi yang melanda negara adalah berpunca dari sikap pemimpin yang mementingkan diri, sanak saudara dan kroni pemimpin Umno-BN kata Anwar.
"Adakah kita ingin membiarkan maruah diri kita dipijak? Saya ingin tegaskan, sebagai orang Melayu dan Islam, kita dilarang sama sekali mengambil hak orang lain, kerana agama dan budaya kita tidak pernah mengajar begitu. Pemimpin Umno-BN adalah hipokrit kerana berbohong atas tindakan yang mereka lakukan," tegas beliau lagi.
Anwar mengakui timbul sedikit perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat mengenai beberapa isu namun ia tidak menghalang kesepaduan dan keikhlasan dalam perjuangan kerana tindakan, dasar dan polisi yang akan dibuat adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia.
"Ia sukar tapi tidak mustahil. Sikap hormat-menghormati dan tegur-menegur yang diamalkan dalam budaya Pakatan Rakyat lebih jujur dari sikap lidah bercabang dua yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN. Mereka di sini cakap lain, di sana cakap lain," tambah Ketua Pembangkang itu.
Beliau yakin dengan sokongan dan respon baik terhadap sambutan program Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakyat Melaka akan membawa perubahan yang besar kepada sistem politik dan ekonomi di negara ini.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment