PAS Yakin Undi Melayu Beralih Ke Pakatan Rakyat

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 9 Mei - Pesuruhjaya PAS Sarawak, Osman Mustafa yakin rakyat Sibu mampu melakukan perubahan bagi mencorak senario politik Sarawak ke arah pembaharuan pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saya yakin dengan perubahan yang berlaku pada diri setiap penduduk di Sibu ini dan terutamanya kaum Melayu Melanau yang dilihat telah turut serta bersama Pakatan Rakyat.

"Bila berlakunya perubahan tsunami politik yang besar pada 2008, rakyat Sarawak telah mula menerima PAS dan Pakatan Rakyat dalam diri mereka dan kita harapkan PRK ini mereka tetap bersama kita.

"Kita mahu buat perubahan seperti di Semenanjung dan perubahan itu mesti bermula di Sibu. Rentak politik akan berubah jika rakyat melihat Sibu sudah mendahului perubahan," jelasnya.

Osman memberitahu jentera PAS sudah mula menjalankan kempen di kawasan majoriti orang Melayu-Melanau dan dengan persiapan yang telah dilakukan dari awal lagi beliau yakin kempen ini akan berjalandengan lancar.

"Kita telah bersedia dengan gerak kerja yang bersistematik dan tumpuan kita di kawasan kampung yang majoritinya orang Melayu. Gerakan jentera telah mula berkempen dan saya yakin PAS mampu menarik pengundi Melayu.

"Kita yakin kemenangan akan memihak kepada calon Pakatan Rakyat, walaupun calon kita dari DAP kita tetap memberikan sokongan yang penuh kerana kita bergerak dalam satu parti yang berlandaskan kemakmuran rakyat iaitu Pakatan Rakyat," jelas beliau.

Tambah beliau sudah tiba masanya rakyat Sibu melakukan perubahan dan menafikan hak Barisan Nasional di Sibu dan juga Sarawak.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.