Pengundi Sibu Mesti Bijak Daripada BN
Oleh Faizal Ezzany
SIBU 16 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta rakyat Sibu menjadi lebih bijak dari Barisan Nasional dalam memilih wakil mereka ke parlimen demi kebajikan rakyat dan perjuangan hak mereka.
"Bila datang sahaja Perdana Menteri kemana-mana sahaja tempat yang berlakunya pilihan raya kecil, beliau akan menjadi seperti mesin cetak duit dengan pelbagai peruntukan diberikan demi mengumpan undi rakyat.
"Saya mahu rakyat Sibu menjadi ikan yang bijak, pilih umpan yang baik sekali tapi hanya makan umpan sahaja jangan sekali-kali makan pancing. Biar dia bawa balik pancing ke Kuala Lumpur dan tenung pancing tersebut kenapa ikan di Sibu tidak terkena pancingnya kali ini.
"Pengundi perlu bijak membuat pilihan BN hanya menjanjikan pelbagai projek segera semasa pilihan raya, sedangkan kenapa sebelum ini sejak lebih 40 tahun memerintah tidak ada peruntukan seperti ini. Inilah sikap mereka sebenar dan kita di sini jangan jadi bodoh mendengar bicara kosong BN.
"Negeri kaya tetapi rakyat berada dalam keadaan kemiskinan yang teruk tanpa pembelaan. Adakah ini yang rakyat perlukan sekarang, cuba celik dan lihat disekeliling apa yang mereka telah lakukan setelah peluang rakyat berikan padanya.
"Jadi sekarang perlu ada perubahan agar mereka tidak tidur lagi dan takut dengan rakyat Sarawak terutamanya Sibu. Biar mereka tahu rakyat sudah tidak memberi peluang padanya untuk terus menipu," kata Abdul Hadi dihadapan lebih 10,000 penyokong pada ceramah 'grand finale' Pakatan Rakyat malam tadi.
Hadi juga memberitahu kerjasama antara PAS dan DAP amat erat tanpa ada sebarang percanggahan sekaligus membuktikan fitnah terhadap calon DAP hanyalah pembohongan semata-mata.
"Kerjasama PAS dengan DAP tidak mempunyai masalah dan tentang negara Islam telah kita setujui tidak akan dibincangkan lagi tetapi BN masih menggunakan isu ini untuk menakutkan rakyat.
"Malam ini semua kena jelas PAS menyokong sepenuhnya calon DAP, Wong Ho Leng. Kita mahukan kemenangan kepada calon kita agar suara rakyat di parlimen lebih terjamin. Kita juga mahu menunjukkan bahawa Sarawak sekarang mengalami perubahan politik.
"Pengundi buatlah perubahan yang besar kerana masa sekarang BN hanya bergantung kepada Sabah dan Sarawak sahaja. Kemenangan ini bukannya untuk merubah kerajaan tetapi menguatkan lagi suara pembangkang di dalam parlimen. Kemenangan di Sibu memberi makna yang besar kepada seluruh Sarawak dan juga Malaysia.Jadi tunjukkanlah semangat kita untuk membawa perubahan," kata Abdul Hadi lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment