PRK Sibu : Ordinan Pemaju perumahan Dikaji Semula
Belum sampai setahun diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar bercadang untuk mengkaji semula Ordinan Pemaju Perumahan (Pindaan) (Pengawalan dan Perlesenan) 2009.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Jawatankuasa Penyelerasan Perumahan Negeri ke-9 di Kuching hari ini, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kajian semula itu sejajar dengan konsep perumahan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri selain trend pembangunan bangunan masa kini.
Ini juga termasuk trend penduduk perumahan pada masa ini yang semakin memilih untuk mendiami kawasan perumahan yang berpagar dan ada pengawal.
Kajian semula itu juga akan memasukkan peruntukkan untuk kemudahan awam seperti air, letrik dan pengurusan kumbahan.
Abang Johari berkata Peguam Besar Negeri akan mengkaji ordinan pindaan yang telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas dan akan membentangkan pindaan ke atas nya kepada cabinet negeri untuk kelulusan.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment