PRK Sibu : Wong Ho Leng Isytihar Perang Basmi Kemiskinan
Sejak dipilih wakil rakyat pada 1996, Wong Ho Leng mengisytiharkan perang terhadap kemiskinan dan penggangguran - dua isu utama yang membelit warga Sarawak.
Calon pilihan Pakatan Rakyat ini menjadikan kemelut kemiskinan rakyat kepentingannya, melalui siri-siri gesaan dan desakan terhadap kerajaan negeri dan pusat. 40 tahun telah berlalu, rakyat Sarawak masih melarat.
Program ekonomi dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud gagal membuahkan hasil. Katanya, pada 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion ringgit, tetapi 70 peratus daripada penduduk rumah panjang masih tidak mempunyai akses kepada air bersih, jalanraya dan tenaga elektrik.
"Jika kamu melawat Rassau, Bungan atau Panasu, kamu boleh nampak rumah-rumah panjang dan bumbung-bumbung mereka yang hampir roboh. Penduduk amat sudi menceritakan kepada kamu janji-janji yang menteri-menteri sebut dahulu. Mereka dijanjikan air, dijanjikan elektrik, dan hari ini, penduduk menjana elektrik sendiri, dan kutip air langit dari hujan," kata calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng.
Kadar kemiskinan di Sarawak kekal pada paras membimbangkan. Jurang pendapatan amat parah, yang menurut Wong diburukkan lagi dengan barah rasuah. Dengan kadar pelaburan yang semakin corot, Sibu kini jatuh ketinggalan berbanding Kuching, Miri dan Bintulu.
"Saya ingin tanya, berapa ramai rakyat di Sibu yang sekaya calon BN? Di bandar Sibu, ramai yang tidak berpuas-hati dengan kerajaan BN. Tengok sahaja di kampung-kampung Melayu. Kehidupan mereka sukar, kerja juga tidak banyak. Belia Melayu, Cina dan Dayak berhijrah keluar ke Johor Bahru dan Singapura kerana tidak ada kerja disini. Dan kalaupun dapat kerja, gajinya murah," keluh Wong.
Isu rakyat Sibu sebenarnya lebih parah dari isu kemiskinan. Prasarana yang lemah merencatkan pembangunan Sibu sebagai bandar strategik di Sungai Rajang.
"Tengok sahaja prasarana di Sibu. Keluar sahaja dari lapangan terbang, yang menanti kita adalah jalanraya yang berbukit dan berlopak. Bila hujan turun, ada sahaja kereta yang tergelincir," kata Wong.
Sibu juga sering dilanda banjir, terutamanya di Jalan Hua Kiew di DUN Bukit Assek. Banjir menyebabkan ramai warga Sibu berhijrah ke bandar-bandar lain kerana kerajaan negeri tidak lagi mampu mengatasi masalah itu.
"Sibu seperti berada di dasar kuali. Jutaan ringgit disalur untuk tangani banjir, tetapi masih gagal. Satu-satunya cara adalah mendalamkan dasar sungai, tetapi BN berlepas tangan. Walhal DAP pernah menawarkan kerja pedalaman secara percuma, tetapi BN lebih rela tengok rakyat Sibu dilanda banjir," kata Wong.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment