Siapa menang siapa kalah?

PRU Kecil Hulu Selangor – BN menang dan di Sibu – BN tewas. Demokrasi hari ini di tentukan seolah-olah satu perlawanan. Hanya menang dan kalah. Caranya, sendiri yang tahu – bagaimana teknik dan taktik untuk memastikan kemenangan sendiri juga tahu. Dalam ketahuan itu sepatutnya ada kesedaran dari kedua-dua parti besar ini – BN dan PR. Sendiri sedar kekuatan dan sendiri tahu kelemahan. Masing-masing perlu tahu bagaimana mahu menangani kelemahan dan bagaimana mahu menentukan kejayaan. BN/UMNO sendiri perlu sedar sama ada mereka kuat seperti mana dahulu atau hari ini mereka perlu melipat-gandakan usaha untuk memastikan kemenangan. Tidak lagi seperti dahulu. BN/UMNO juga perlu sedar tuntutan rakyat hari ini berbeza dan ahli-ahli UMNO khususnya kepimpinan perlu tahu – BN bukan satu konklusif lagi dalam PRU tetapi harus bertindak deras dan laju untuk memacu sokongan. Kelemahan BN/UMNO sudah termaklum, namun langkah masih tidak konklusif dan masih lagi tersangkut dalam usaha untuk menuntut sokongan.

Kepimpinan hari ini perlu merujuk bukan dalam sirkulasi yang ada ini tetapi harus keluar dan melihat apa sebenarnya yang rakyat mahu dan apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Perubahan perlu dan perubahan ini tidak akan dapat dilakukan selagi BN/UMNO membuka mata melihat secara yang lebih luas lagi kekurangan mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah yang lebih konstruktif – dalam usaha untuk mengembalikan sokongan. Kepimpinan perlu melihat dan tidak tertipu dengan suara dekat yang senantiasa menipu dan melalaikan. Suara jujur yang pedih dan kritikan yang konstruktif adalah penawar dan ubat namun ini yang jarang mahu diambil oleh UMNO. Ketahuan mereka di lalaikan dengan suara yang menipu dan mengasyikkan.

Berbalik kepada kemenangan Hulu Selangor – BN/UMNO sebenarnya sedar apa yang terpaksa mereka lakukan untuk menjana kemenangan dan adakah apa yang dilakukan oleh BN/UMNO itu dapat di aplikasikan pada PRU 13 nanti. Rakyat semakin sedar dalam memilih. Rakyat semakin mahukan perubahan dan selagi perubahan itu tidak jelas maka BN/UMNO semakin akan tertekan.

Kita ulas bersama.


http://www.umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=731&Itemid=58



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.