Sistem tender terbuka kerajaan Pulau Pinang dipertikai

GEORGETOWN: Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau berkata, tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.
"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Selain itu, Azhar berkata, bagi projek Bukit Jambul Country Club (BJCC), tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek PGCC itu.
Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.