Sudah tiba masa Samy Vellu berundur
Sudah sewajarnya bagi Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC bagi memberi ruang kepada pemimpin yang lebih muda menerajui parti terbesar kaum India itu.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, adalah jelas ramai masyarakat India tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan bekas Menteri Kerja Raya itu.
Menurutnya, walaupun mempunyai sumbangan kepada parti, tetapi kepimpinan Samy Vellu yang dilihat sebagai autokratik telah menyebabkan ramai yang tidak senang dengan MIC.
"Selaras dengan pengunduran pemimpin berusia dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, sudah tiba masanya Samy Vellu meletakkan jawatan.
"Selain itu, MIC juga perlu dijenamakan semula supaya tidak dibebani dengan beban lama dan kembali mendapat kepercayaan masyarakat India," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Samy Vellu yang hanya akan melepaskan jawatan dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggal perkhidmatannya sebagai Presiden MIC tamat Mei 2012.
Samy Vellu mendakwa beliau akan berpegang dengan keputusannya dan tidak akan berundur lebih awal.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugam Pandian berpendapat, Samy Vellu tidak akan mengundur diri lebih awal dari tempoh yang diumumkan walaupun terdapat desakan dari pelbagai pihak.
Menurutnya, MIC perlu mengatur peralihan kepemimpinan secara teratur dan licin sebelum Samy Vellu melepaskan jawatan pada tempoh yang dijanjikan.
"Sehubungan itu, Presiden MIC yang baru mempunyai ruang secukupnya untuk mengukuhkan kedudukan parti seterusnya mengembalikan sokongan rakyat.
"Ini bertujuan untuk memastikan perkara yang berlaku ke atas kepimpinan MCA tidak dialami oleh MIC," katanya.U/M
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment