Sultan Kelantan dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU 6 Mei – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dijangka dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baginda yang diiringi Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Kelmarin, Tuanku Ismail dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas rombongan diraja yang dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang tersebut dihalang oleh sepasukan polis.

Baginda dijadualkan menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura kelmarin dan akan berada di negara terbabit selama 10 hari

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.