TIADA PEMILIKAN RUMAH KOS RENDAH OLEH MEREKA TIDAK LAYAK SELEPAS PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
KENYATAAN AKHBAR
21 MEI 2010
TIADA PEMILIKAN RUMAH KOS RENDAH OLEH MEREKA TIDAK LAYAK SELEPAS PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
SHAH ALAM: Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, pemilikan rumah kos rendah oleh mereka yang tidak berkelayakan tidak pernah berlaku.
Ini adalah kerana satu dasar ini telah diperkenalkan yang mana HANYA mereka yang mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) layak membeli rumah kos rendah.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengarahkan mereka yang tidak layak memiliki rumah itu supaya memulangkan semula unit rumah kepada Kerajaan Negeri.
Ini bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dilaksanakan dengan adil dan telus.
Pada 7 Januari 1998, pembahagian kuota pembeli rumah kos rendah dibahagi sebanyak 50 peratus pembeli dari Sistem Pendaftaran Terbuka Berpusat Rumah Kos Rendah (SPTRKR) dan 50 peratus lagi perlu mendapatkan perakuan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD).
Ini menyebabkan pengagihan senarai nama pembeli rumah kos rendah pada waktu itu tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh LPHS dan telah berlaku penjualan kepada mereka yang tidak layak.
Kerajaan Negeri juga telah mengenalpasti bahawa isu pembelian rumah kos rendah oleh mereka yang tidak layak yang dilaporkan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berlaku sebelum 1998 dimana ketika itu tidak ada langsung dasar yang jelas berhubung pengagihan rumah kos rendah.
Kerajaan Negeri berharap tiada lagi kekeliruan mengenai isu ini. Peraturan baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri yang mana 100 peratus nama pembeli rumah kos rendah diambil dari senarai Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR) di LPHS.
LPHS telah menetapkan syarat yang ketat dan diantara syarat yang dikenakan ialah pendapatan suami isteri tidak melebihi RM2,500 sebulan atau tidak lebih RM5,000 bagi pembelian secara subsale (berdasarkan slip gaji permohon) serta belum mempunyai sebarang rumah di negeri ini.
Kerajaan Negeri juga sedang menimbang beberapa cara untuk mengatasi pemilikan rumah kos rendah oleh golongan tidak berkelayakan. Ini selari dengan komitmen Kerajaan Negeri kepada ketelusan dan pertanggungjawaban dalam pentadbiran.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment