Ubah Segera BN Demi Kesejahteraan Negara

Oleh Nazar Hashim

Barisan Nasional mesti segera diubah daripada mentadbir negara ini kerana sekiranya dibiarkan berpanjangan akan banyak lagi kerosakan yang akan dilakukan dan rakyat akan terus menderita.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng berkata selama 50 tahun pentadbiran Umno-BN rakyat melihat pelbagai kerosakan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti itu dengan mementingkan segelintir kelompok pemimpin yang berkuasa.

"Kita sedia maklum konspirasi jahat mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah jelas. Begitu juga dengan korupsi dan rasuah yang menjadi-jadi dalam pemerintahan mereka.

"Umno dan BN juga banyak melakukan kezaliman kepada rakyat. Penyalahgunaan kuasa mereka secara berleluasa dan melampau menjadikan rakyat sudah muak dan tidak lagi berminat untuk memberi peluang kepada BN menjadi pemerintah dalam negara ini.

"Keputusan pilihan raya kecil Sibu adalah bukti bahawa sistem pemerintahan BN sudah tidak lagi menjadi pilihan kepada rakyat. Oleh itu Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang membawa harapan baru untuk rakyat negara ini perlu diberi peluang untuk meneruskan perjuangan bagi menuju ke Putrajaya," kata Chong Eng ketika berucap di padang awam Bukit Teh di Bukit Mertajam semalam.

Turut hadir sama tewrmasuk Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Chong Eng berkata walaupun BN menaburkan janji dan pelbagai rasuah politik semasa PRK Sibu kejayaan mereka di Hulu Selangor tidak berulang setelah kalah kepada Pakatan Rakyat di Sarawak.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.