Ugut Bunuh, Manikavasagam Dipanggil Beri Keterangan

KLANG 21 Mei - Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Klang berhubung laporan ugutan bunuh pada 14 Mei lepas.

Manikavasagam ketika ditemui media luar IPD pagi tadi berkata polis telah merekodkan keterangan beliau terima termasuk ugutan melalui nota dan sms yang dijumpai bersama sisa bekas plastik cat merah yang disimbah pada kereta di hadapan rumahnya minggu lalu.

"Polis mengambil serius hal ini dan kerjasama yang diberikan cukup memuaskan.

"Mereka telah menyenarai beberapa orang suspek dan akan memanggil mereka untuk mendapatkan keterangan," ujar Manikavasangam.

Tambah beliau, ugutan itu mungkin di dorong oleh aduan beberapa kontraktor syarikat pasir kerajaan Selangor mengenai penyelewengan dan kecurian pasir.

"Tahun ini kerajaan negeri dijangkakan mendapat hasil RM80 juta daripada penjualan pasir tetapi angka sebenarnya kita tak tahu.

"Ini jelas menunjukkan wujudnya kepincangan dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat negeri Selangor.

"Kontraktor tersebut bersedia membuat aduan kepada pihak lain dan jika itu berlaku, akan menjadi masalah untuk kita semua," tambahnya lagi.

Manikavasagam juga mendapatkan nasihat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah diberi jaminan isu ini akan disiasat dengan telus dan terperinci.

Beliau akan meneruskan perjuangan bagi mewujudkan satu pengurusan yang adil dan bersih dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan tidak gentar dengan ugutan bunuh ini.

Manikavasagam juga menegaskan beliau akan berjuang mempertahankan prinsip par

"Saya tidak akan keluar parti. Saya akan tetap berada di dalam dan berjuang mendapatkan keadilan untuk semua pengadu yang datang kepada saya tanpa mengira bangsa agama dan parti," tegas beliau lagi.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.