Umno-BN Terdesak Guna Fauzi Muda Dalam PRK Sibu

SHAH ALAM 15 Mei - Tindakan bekas Ketua Cabang KEADILAN Ipoh Barat, Fauzi Muda keluar parti adalah serangan politik yang didalangi Umno terhadap parti dan kepimpinan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub berkata Fauzi dari segi sikap dan tindak tanduknya sebelum ini telah menimbulkan kecurigaan kepada pimpinan parti.

"Kenyataan beliau sebelum ini banyak membelakangkan parti dan telah dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

"Disebabkan beliau telah melanggar keputusan jawatankuasa Displin parti, Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 7 Mei lepas memberikannya status sebagai pemerhati pada sidang kongres yang akan diadakan hujung bulan ini di Kota Bharu.

"Keputusan ini telah mencetuskan kemarahan beliau dan menyebabkan Fauzi bertindak keluar parti," ujarnya kepada Suara Keadilan.

Mustaffa juga tidak menolak kemungkinan tindakan Fauzi itu secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya kecil Sibu yang akan diadakan esok.

Fauzi hari ini membuat pengisytiharan tersebut di kediamannya di Taman Malar, Ulu Kinta.

Fauzi mendakwa kononnya KEADILAN Cabang Ipoh Barat lumpuh selepas 488 anggotanya termasuk anggota jawatankuasa mengumumkan keluar daripada parti.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.