241 ribu hektar tanah diwarta tanah simpan

SHAH ALAM, 7 Jun – Kira-kira 241 ribu hektar tanah telah diwartakan sebagai tanah hutan simpan selaras dengan rancangan kerajaan negeri memastikan kesinambungan punca air, pertanian dan perhutanan Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata larangan pembangunan dan penerokaan dikuatkuasakan di zon-zon terbabit, yang dikenalpasti sebagai kawasan punca air dan ekologi yang penting.

Bercakap di majlis perasmian Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di sini hari ini, Menteri Besar berkata jumlah hektar tanah yang diwartakan bersamaan 30 peratus dari tanah negeri Selangor.

“Yang paling penting ialah ini tempat penakungan air, water catchment areas, yang mana ia sangat perlu dijaga terutama bagi daerah Tanjung Karang sudah tentu untuk penanam padi tapi untuk seluruh negeri ialah untuk sumber air untuk kegunaan minuman dan juga kegunaan-kegunaan air di negeri Selangor, ” kata Abdul Khalid.

Jabatan Perhutanan turut menawarkan peluang pekerjaan baru bagi kerja-kerja pemantauan keatas zon-zon kritikal ini.

Kerajaan negeri turut menggalakkan kerja-kerja pemulihan ekonomi dan penanaman hutan di kuari-kuari tinggal dalam zon berkenaan.

“ Selain daripada itu kita akan melihat pengurusan-pengurusan kuari yang ada juga dalam hutan yang kita tentukan hasilnya akan dapat bukan sahaja menolong Kerajaan Negeri dari segi pulangan untuk memulihkan semula kuari-kuari yang tertinggal dan untuk dibuat penanaman-penananam hutan di sekitar kawasan-kawasan tersebut” katanya.

Abdul Khalid turut merasmikan Pelancaran Buku Taman Negeri Selangor dan Sesi Membudayakan Pemakaian ‘Collar Pin’ Integriti pada majlis ini.

“Pin ini adalah untuk memperingatkan pelancaran integriti untuk warga kerja, ini sesuai dengan satu daripada langkah selari dengan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menerima konsep indeks integriti ntuk menentukan semua perjalanan pentadbiran negeri Selangor ini ditadbir dengan berasaskan kepada konsep corporate governents dan tiada menentukan rasuah dapat dikurangkan” tegas Abdul Khalid.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.