Nafi Dah. Munafik Umno

Kementerian Kewangan nafi beri Ascot lesen judi sukan

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani


KUALA LUMPUR, 7 Jun - Kementerian Kewangan menafikan laporan lessen judi sukan telah dikeluarkan Ascot Sports Sdn Bhd milik jutawan Tan Sri Vincent Tan — dua hari selepas beliau meminta Pakatan Rakyat yang memprotesnya agar bersikap adil.

Dalam jawapan bertulis hari ini, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum mencapai sebarang keputusan dan syarat-syarat berhubung soal pelesenan judi sukan.

“Kerajaan belum mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports bagi membolehkan operasi pertaruhan di Malaysia,” kata kementerian.

Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

Kementerian Kewangan juga berkata, kerajaan masih terbuka kepada maklum balas daripada pelbagai parti.

Ahli Parlimen PKR kawasan Batu Chua Tian Chang mengemukakan soalan sama ada kerajaan atau Tan yang mengelirukan orang ramai dalam isu lesen judi sukan.

“Jawapan ini sangat mengejutkan sebab seminggu lalu, Vincent berkata seolah-olah beliau sudah ada lesen. Jadi siapa yang mengelirukan publik?” kata beliau kepada wartawan di lobi bangunan Parlimen.

Kelmarin, Tan merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

Dalam kenyataannya itu Tan juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

“Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini,” kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi “pertaruhan telefon.”

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Laporan media sebelum ini menyebut pentadbiran telah mengeluarkan semula lesen kepada Tan selepas lesen asal dibatalkan oleh pentadbiran Abdullah.

Anak lelaki Tan, Datuk Robin Tan Yeong Ching akan memegang 30 peratus ekuiti dalam syarikat itu.

Tan memperoleh lesen pada 1987 tetapi “telah meminta kerajaan ambil balik” selepas perkongsian telah gagal.

Bagaimanapun kini beliau memperoleh semula hak memiliki lesen.


nak tipu zaman 80an boleh lah. sekarang jangan dok bohong la weh!

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.