40 000 Hadir Bangkit Melayu

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/06/14/0614minoriti2.jpg

Mahathir: Orang Melayu hadapi risiko jadi minoriti

KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan program “Melayu Bangkit” yang kontroversi hari ini dengan mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah belah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.

"Kamu Melayu negara ini mewakili 60 peratus penduduk negara ini. Bagaimanapun peratusan pengundi Melayu adalah kecil pada hari ini kerana setiap parti diberikan (menguasai) 20 peratus termasuk Umno," katanya.

"Dan, mereka bersaing sesama sendiri menyebabkan komuniti menjadi minoriti.

"Mereka (PKR dan PAS) hanya mahu mendapatkan kuasa. Keutamaan mereka bukan kaum dan agama tetapi kuasa," kata bekas presiden Umno ini.

Perdana menteri 22 tahun ini menambah, kedua-dua parti itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap merasmikan program anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) itu.

Kurang 1,000 orang menghadiri majlis itu yang diadakan di stadium tertutup di sini hari ini. Penganjur pada awalnya menjangkakan lebih 5,000 orang akan hadir.

Ia sepatutnya diadakan pada 13 Mei tetapi ditangguhkan ekoran protes pelbagai pihak — dari pembangkang dan komponen Barisan Nasional sendiri.

Pihak penganjur juga menangguhkan program itu atas faktor keselamatan.

Dr Mahathir menambah masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

"Jika kita tidak berfikir dengan mendalam mengenai masa depan komuniti kita, maka ada kemungkinan kita boleh jadi macam orang Melayu Singapura dan tiada kuasa," katanya.

"Kita kemungkinan kena tunduk apabila berhadapan dengan kaum-kaum lain.

"Bukan kita mahu kaum-kaum lain tunduk kepada kita tetapi kita mahukan pengagihan (kuasa) ekonomi dan politik yang seimbang," kata pemimpin veteran ini.

Majlis dimulakan dengan persembahan silat dan muzik tradisional orang Melayu.

Gertak ditubuhkan awal tahun ini susulan kontroversi polemik "Allah" yang tercetus selepas keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.