Gaza Tidak Perlukan Kapal Bantuan Mahathir

- Pemuda PUM Bantah Mahathir Setuju Lesen Judi

Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM) membantah sekeras-kerasnya pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong kelulusan lesen judi yang digembar-gemburkan sekarang.

Pandangan tersebut adalah jauh menyimpang daripada sifat keagamaan yang mengharamkan judi dan menyamakannya dengan peranan iblis.

(Gambar - Sidang media Tun Mahathir selepas berucap dalam program Melayu Bangkit, di Kuala Terengganu. Beliau bersetuju lesen judi bolas sepak dikeluarkan)

Judi dalam Bahasa Arab disebut sebagai al-maisir, yang bererti mudah. Mudah mendapat keuntungan, mudah juga jatuh kerugian, malah sangat mudah menimbulkan sengketa dan pergaduhan. Judi merupakan sifat manusia yang tidak bertamadun dan jauh daripada semangat berdikari rakyat Malaysia.

Dahulu ada pandangan mahu memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah. Pemuda PUM melihat, ini semua berpunca daripada pemikiran Barat yang diwarisi oleh beberapa orang pemimpin di samping liberalisasi pemikiran yang semakin bertunjang kukuh di negara ini.

Tun Dr Mahathir mengatakan lesen judi dibuat untuk mengawal aktiviti perjudian. Ini merupakan satu pemikiran yang amat naïf. Jika begitu, kami cadangkan agar dibuat rumah untuk orang melakukan aktiviti persetubuhan haram. Kami juga mahu cadangkan agar kerajaan menyediakan satu tempat yang khusus untuk penagih dadah. Dalam masa yang sama, kami cadangkan agar arak dijual secara halal di mana-mana premis dengan tujuan pembendungan dan pengawalan.

Namun Islam tidak bersifat begitu. Cara Islam mengawal bukan dengan memberi dan meluluskan lesen. Cara Islam mengawal ialah dengan menyekat, mendidik dan menakut-nakutkan tentang bahaya dan risiko. Apa lagi orang yang berjudi akan boleh membawa risiko kepada keluarga mereka masing-masing.

Apabila Islam mengharamkan zina, Islam menyatakan “Jangan mendekati zina”. Mukaddimah kepada zina pun tidak boleh, apa lagi perzinaan. Orang yang kalah berjudi ada yang menggadaikan maruah isteri sendiri. Apabila Islam melarang Nabi Adam daripada makan buah khuldi, Allah mengatakan “Jangan mendekati pokok buah khuldi”, bukannya Allah mengatakan “Jangan makan buah”. Inilah Islam.

Apapun, Pemuda PUM tidak hairan dengan pemikiran naif Tun Dr Mahathir kerana beliau dahulu pun banyak menyindir hukum-hakam Islam. Mulut beliau petah berbicara dan lantang bersuara tentang pembebasan Palestin tetapi sifat beliau mewarisi keburukan Bani Israel. Palestin tidak akan bebas dan tidak memerlukan kapal Global Peace sekiranya pemimpinnya masih bersikap demikian, meskipun 1,000 buah kapal sekalipun berjaya sampai di Gaza.


Mohd Dzul Khairi Mohd Noor,
Ketua Pemuda PUM


-----------------------------------------------------------------------------------

Buletinonline memaparkan Transkrip penuh Jawapan Tun Mahathir apabila ditanya wartawan tentang isu lesen judi bolasepak;


Soalan ; Apa pendapat Tun tentang pemberian lesen judi bolasepak

Dr.M ; Saya punya pendapat mungkin berbeza sikit dengan banyak orang lain. Saya berpendapat samada ada lessen atau tidak, judi memang ada dinegara kita, keranaOrang-orang Cina memang suka berjudi. Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen tak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa, tetapi ini tidak haram bagi orang Cina, haram bagi orang Islam sahaja, orang islam jangan berjudilah, kalau dia pergi berjudi tangkaplah. Jadi sama juga, orang Islam tak makan babi, tapi kalau orang bukan Islam nak makan itu hak dia lah.


Soalan; Tun, dengan bantahan yang besar, dengan himpunan dan demonstrasi yang dibuat, adakah ia patut diteruskan atau….

Dr.M : Itu bantahan itu politik bukan kerana Islam, takkanlah DAP pun nak dokong ajaran Islam, DAP pun dapat menyertai, ini politik, politik parti pembangkang nak cari isu, sedangkan dalam Muktamar Pas ada cadangan supaya semua jenis judi diharamkan, tapi Pas tak ndak, sekarang ini terdapat judi di Genting Highland, sport Toto, macam-macam judi yang ada, tapi dia kata yang ini saja tak boleh, yang football, sport punya judi, ini sahaja tak boleh.
Jadi ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi Pas ugama adalah alat politik, bagi mereka.

Soalan; Dalam isu pemberian lesen judi bola, ada mengatakan pemberian lesen itu supaya Tauke-tauke judi boleh ‘contribute’ balik kepada Umno, ada yang mengatakan Vincent Tan pernah sponsored Umno semasa Tun

Dr.M ; Vincent Tan selama ini berniaga diluar negeri, di Vietnam, di Korea, dia tak payah cari duit disini, dan duit itu kalau dia dapat pun setengah billion dia dah bagi kepada satu ‘fund’ dan fund itu untuk semua orang, bukan untuk Umno, dia tak kata ini adalah RM500 juta untuk Umno, orang lain pun dapat, saya fikir Vincent ni dia bagi duit bukan sahaja kepada Umno, saya ingat dia bagi kepada parti lawan pun sama, nak tentukan supaya dia tak jadi masalahlah, orang perniagaan begitu lah dia

No comments

Powered by Blogger.